Sunday, March 22, 2009

Friday, March 20, 2009

Ragam Balqis


sedap tau makan biskut ni....

ehhh..payahnya......

he he he setakat halang dengan benda ni ..kacang ajer i panjat....hi hi hi

Balqis sekarang dah pandai membuaskan diri.Terpaksalah pagarkan 'padang permainannya' dengan kusyen dan bantal. Pandai pula dia panjat bantal tu so umi sendal dengan kerusi tapi...tengok la ni, berjaya juga dia mencari lubang untuk memboloskan diri.

'Yea...dah nampak simen, tempat kegemaran saya.'

Ini reaksinya masa masih dalam pemantauan umi.


Pada suatu pagi tu, lepas ayah gi sekolah Balqis masih nyenyak tidur kat bawah. Umi naik atas gosok baju kejap. Tiba-tiba bunyi macam kerusi. Cepat-cepat umi turun bawah..

'Wah...cerah rasa dunia dapat kuar dari 'penjara'.'

Hai anak umi ni. Tengah nyenyak tidur diam-diam dah sampai bawah kerusi rupanya. Aduihhhh. Nasib baik la tak terhantuk kat simen.


'Hai umi....jangan marah, adik dah sampai sini.hehe...'


Ewah-ewah makin seronok dia posing bila tau umi ambil gambar. Nampaknya letak kerusi pun tak guna. Menyemakkan rumah aje. Balqis.....Balqis.....


Wednesday, March 18, 2009

balik kampung


Kami baru balik dari kampung....Dari Jerangau ke rumah kami,Klang hanya mengambil masa 5 jam sahaja.8.30 pagi bertolak, 1.30 dah sampai rumah.Wah seronoknya perjalanan lancar saja.Tapi masa balik ke sana hari tu punyalah lama, hampir 12 jam...Hari Jumaat umi ambil cuti rehat kononnya nak balik lepas ayah balik sekolah. Tut tut ayah perlu settlekan beberapa kerja pula kat sekolah.Pergi service kereta lagi, itu dan ini akhirnya 6.20 petang baru dapat bertolak dari rumah.
Kalau umi tak ambil cuti rehat pun kul 6.30 ptg dah balik sekolah. Hmmm tapi mesti lagi lambat bertolak.

MENGANTUKNYA....

Pukul 10 malam kami dah mula mengantuk. Masa tu baru sampai kawasan Genting Sempah.Kiri kanan hutan dalam suasana yang gelap gelita. Tak berani nak berhenti tido dulu.Balqis dah tido dari awal naik keta lagi. Ayah bersekang mata ditemani umi yang sekali sekala terlelap. Kami mencari-cari tempat yang sesuai untuk tidur sebentar sebab dah tak boleh tahan.Akhirnya 11.30 malam baru jumpa tempat yang agak sesuai, jumpa Shell kat Cheneh. Sejam juga tidur kat situ.

Perjalanan disambung balik dengan harapan tak mengantuk lagi. Rupanya ayah makin mengantuk. Umi pula siap merapu lagi....sempat mengajar Math dalam tertidur tu..Maklumlah petang tadi tak gi sekolah. Tak boleh jadi ni. Kena berhenti tidur lagi. Cari punya cari tempat yang sesuai akhirnya jumpa Petronas kat Bandar Al- mukhtafi Billah Shah. 2 jam tidur kat situ.

Alhamdulillah umi dah tak ngantuk tapi ayah tetap sama. Umi cadangkan tukar driver, so ayah intai-intai la tempat yang sesuai untuk berhenti. Sampai simpang Ajil umi tukar tempat ngan ayah. Tapi sadis betul nak masuk gear tak masuk-masuk. Dalam kegelapan itu dan blur2 rupa-rupanya umi fikir terbalik.Ingatkan gear 1 sebelah driver.kakaka...maklumlah dan 2 tahun tak sentuh manual.Bawa auto je tiba-tiba jadi blank bila nak bawa manual..Dah tak payah la ayah kata.Ayah terus hilang mengantuk. Takpe la, at least umi berjaya hilangkan ngantuk ayah.ha ha. Selepas itu perjalanan kami lancar hinggalah sampai ke kampung ayah di Setiu pada jam 5.45 pagi.

BALQIS HILANG?

Lepas subuh kami sambung tidur balik kat ruang tamu. Kejap-kejap Balqis sedar nak menyusu. 7.30 dia dah nak mula main. Dalam mengantuk tu umi cuba layan dia dan halang dia dari pergi jauh. Tiba-tiba umi sedar Balqis dah takde. Bila masa ntah umi tertidur. Terus bingkas bangun cari dalam bilik takde, kat dapur takde, kat luar takde.Mana Balqis?(to be continue)

Thursday, March 12, 2009











Dinner time....

Tuesday, March 10, 2009

balqis dan buku











Hai......jom baca buku dengan saya! Saya ada banyak buku.Saya suka baca buku....!




Sunday, March 08, 2009

Balqis dah ok

Syukur...semalam doktor telefon bagitau result darah Balqis.semuanya ok.tak ada ape pun. Alhamdulillah.Lega umi dan ayah..

Saturday, March 07, 2009

Kesian Balqis

Malam tadi pegi klinik sebab badan Balqis naik bintik-bintik merah. Doktor ambil darah takut denggi. Umi tak sanggup tengok Balqis dicucuk kat tangannya. Cukuplah masa dia kuning dulu hari-hari ambil darah kat kaki. ni nak ambil kat tangan pula. Ayah pegang baalqis, umi hanya tengok dari belakang doktor sambil tak putus2 berdoa. Gerun sangat rasa. Ini bukan macam cucuk biasa yang check setiap bulan tu...

Mula-mula doktor masukkan jarum pada tangan kiri.. "kuat budak ni"doktor kata.Ye la, Balqis tak menangis langsung,matanya tak berkelip tengok umi, sekejap tengok doktor menahan sakit.Muka macam nak menangis tapi dia tahan. Tapi sayang,tunggu punya tunggu darah tak keluar....jarum tersumbat kata doktor. Aduih....umi yang terasa sakit tengok Balqis. Ayah memujuk-mujuk Balqis sementara umi tak ber
henti mintaAllah permudahkan.

Doktor cuba pula ambil darah tangan kanan.Alhamdulillah sekali cucuk je darah terus keluar tapi yang tak tahannya serentak itu juga Balqis menangis sekuatnya. Bukan sekejap nak tunggu darah keluar setitik demi setitik. Dalam hati umi berapa danyak la doktor ni nak kumpul darah Balqis ni.Sudah-sudahlah tu.....sampai kadang-kadang tak bersuara dah Balqis menangis. Sudahnya umi yang turut menangis.Tak boleh tahan sangat dah. Nasib baik ayah ada,tenangkan Balqis. Siap umi terus dukung Balqis dan susukan dia. Baru senyap...syukur dah selesai.

Umi baru je baca blog Jaws (member umi). Anaknya, Khyra pun macam Balqis juga, naik bintik merah tapi dah baik pun. Harapnya Balqis pun begitu. Macam Khyra Balqis pun baru baik dari demam juga sebenarnya. Hari Isnin lepas, balik dari sekolah ambil Balqis, pengasuh cakap badan Balqis panas,umi dan ayah terus bawa ke klinik.Doktor bagi ubat demam je.Malam tu badan Balqis panas sangat-sangat.Merengek je sepanjang malam,nak berdukung.Tak nak dengan ayah langsung, so tak dapatlah ayah nak tolong..Esoknya(Selasa) badan Balqis dah sejuk tapi umi ambil cuti sebab belum betul-betul baik.Malam tu kami ke klinik lagi risau badannya panas macam malam sebelum tu.Doktor bagi antibiotik dan ubat sumbat pula. Apapun syukur malam tu Balqis tidur dengan nyenyaknya,badannya tak panas lagi.Hari Rabu umi masih cuti rehat jaga Balqis.Hari Khamis ayah bagitau ada binti merah kat muka, umi pun perasan tapi kami rasa ruam biasa je. Bila nak mandikan Balqis semalam,nampak bintik-bintik seluruh badan itu membuatkan kami risau sangat dan terus ke klinik malam tadi.Tengah hari ni akan tahu keputusan.



Ya Allah, moga Balqis sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Amin...