Monday, January 19, 2009

kisah semalam

Semalam birthday umi. Setiap kali birthday...mulalah umi cipta azam baru.hehe....tapi tak nak citer pasal azam sebab asyik tak jadi je. Cuma kali ni umi berazam untuk jayakan segala azam-azam dulu yg belum tercapai.Lagi besar azam ni ye.hihiiii.
Sebenarnya umi just nak ucapkan terima kasih kepada kengkawan...adik beradik...students yang masih ingat kat umi ni.Tq di atas semua doa anda... semoga anda semua pun dipanjangkan usia dan dirahmati Allah selalu.Dan yg paling specialnya buat ayah dan balqis..terima kasih byk2.





Sempena birthday umi..Balqis pun dapat hadiah dari ayah.Sukalah dia dapat mainan baru..





Balqis bagi hadiah 'main dgn dia sepanjang hari'.Hmmmm tak nak tidur langsung semalam. Dari pagi sampai ke malam nak 'temankan' umi je.Sebenarnya kita yg nak kena duk dekat dia selalu.Kalau lepas nyusukan dia tido la seminit dua, tak sempat nak buat kerja apa dah bangun ajak main ngan dia.. penat jugak.Apepun itulah kapenatan yang paling menyeronokkan buat umi.

Ayah pula hadiahkan umi rehat....dengan kata lain tengokkan balqis je. Tengah hari ayah masakkan ayam goreng tepung special buat umi. Malam pula sawi putih masak sup ayam dan telur bawang hangus istimewa.(ni memang namanya, bukan telur tu hangus ye).Sedap sangat.



Ini menu ayah yg lepas,bukan masa birthday umi.Semalam tak sempat bergambar,so masukkan je gmbr yg ada supaya nampak lebih menarik.Hehe...




Selain tu yg paling seronoknya ayah hadiahkan sepasangkurung berwarna hijau lembut disulami kilau-kilauan.Chewah..boleh la umi tambahkan koleksi nak gi mengajar. Semangat skit nak ngajar pakai baju baru.haha..terima kasih ayah..

Oklah ....setakat ni la dulu kisah semalam. Nak gi masak pula. Ingat nak puasa tak jadi pula.Tengah tido malam tadi tiba2 teringatkan kek coklat yg ayah belikn untuk umi belum sempat makan lagi semalam.Ayah bukan suka pun makan kek..Apalagi pagi tadi bersarapan dengan kek coklat la...k lah bye dulu..

No comments:

Post a Comment