Monday, June 29, 2009

solat


Seminggu dua ni Balqis suka betul smayang. Dia tak kira waktu dah, nampak je sejadah mulalah wobak wobak (Allahuakbar). Kelakar betul tengok telatah dia yang serba serbi orang buat nak ikut. Selalu meniarap cium sejadah...sujudlah tu kononnya.

Kadang-kadang ololalaloh (lailahaillallah) macam-macam la keluar dari mulut dia.
Mudah-mudahan Balqis menjadi anak yang solehah...taat pada Allah dan ibu bapa. Umi sentiasa doakan untuk Balqis. Ingat pesan umi ni ye....

Friday, June 26, 2009

hadiah daripada Balqis


Sabtu lepas, balik dari Hari Kecemerlangan Sekolah umi ngan Balqis gi shopping ngan member2 umi. Senang berjalan ngan diorang yang bujang lagi ni.Tak sibuk nak ingat balik rumah. Yang paling best boleh tolong dukung Balqis.Hehe..


Sibuk la anak dara ni nak 'bungkus' hadiah yang di'pilih'nya. Masa tengah pilih dia la yang sibuk ambil tak lepas dah. Sempena Hari Bapa (21 Jun 2009)...

Sunday, June 21, 2009

Terima Kasih daripada Ayah....

Terima Kasih Kepada Balqis Dan Ummi.......

Hari pertama kau lahir ke dunia aku namakan kau Nur Balqis bt Hishamuddin.

Kau menghadiahkan aku dengan gelaran BAPA yang amat bermakna buat aku........


Kini Balqis dah menjangkau setahun..alhamdulillah .....moga Ayah terus mampu memberikan kasih sayang yang terbaik buat Balqis dan Ummi.
tak sabar ayah & Ummi tunggu langkah pertama Balqis....

SELAMAT HARI BAPA

Balqis makan apa tu ngan atuk...

Selamat hari bapa buat abahku tersayang. Semoga abah sentiasa sihat,panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.Terima kasih membesarkanku dengan penuh kasih sayang hinggalah kini...Semoga juga abah bertambah ceria dengan kehadiran cucu-cucu yang semakin ramai....tahun ni bakal dapat dua lagi...!

Tidak lupa juga buat ayah Endut. Selamat hari bapa daripada kami bertiga. Semoga ayah sentiasa sihat,panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.Terima kasih segalanya...

Friday, June 19, 2009

CERITA UNTUK BALQIS




Dah makan ubat? Dah minum susu? Nak makan apa hari ni? Itulah antara soalan-soalan ayah kepada umi sepanjang tempoh umi mengandungkan Balqis. Ayah juga selalu pesan supaya jaga diri baik-baik, jangan buat kerja berat, tak boleh makan itu dan ini...kena makan itu dan ini supaya baby sihat dan sebagainyalah.Pendek kata mengalahkan nenek pula. Segala keperluan, pemakanan dan kesihatan sangat diambil berat dan yang paling istimewanya ayah la yang selalu masak. Ayah juga ringan tangan membuat kerja-kerja rumah lain.Selepas solat berjemaah pula tak pernah terlepas ayah berdoa panjang untuk Balqis minta supaya Balqis sihat,sempurna,tiada komplikasi bila lahir dan segala yang baik la untuk Balqis.Begitulah kasihnya ayah terhadap Balqis, sejak dalam perut umi lagi dijaga dengan elok bagi memastikan Balqis sihat dan sentiasa dalam keadaan baik. Pada masa tu umi la yang untung, dilayan bagaikan puteri.He he...
Masa ni Balqis lima bulan dalam kandungan.

Ayah juga sangat teruja membeli segala keperluan untuk menyambut kelahiran Balqis, lebih daripada umi pula. Pesan nenek supaya beli sikit-sikit dulu tak terikut dah. Semua nak dibeli. Ayah jugalah yang pilih nama, kalau lelaki....ini...kalau perempuan ini...Masuk 4 bulan umi dah mula rasa pergerakan Balqis. Tapi ayah jarang dapat rasa dan tengok perut umi ditendang-tendang Balqis sebab bila umi suruh je ayah tengok Balqis terus diam. Di akhir-akhir bulan Balqis semakin aktif dan umi semakin tak larat. Akhirnya tanggal 23 Ogos 2008 lahirlah Nur Balqis bt Mohd Hishamuddin tepat jam 8.02 malam. Betapa gembiranya kami menyambut kelahiran Balqis. Kegembiraan ayah berganda kerana esoknya adalah hari konvokesyennya. Balqis menjadi hadiah konvo ayah yang paling berharga dan sungguh bermakna....


Malam tu betapa kelam kabutnya ayah, berulang dari rumah ke hospital menguruskan pelbagai perkara. Esoknya atuk dan semua yang datang untuk meyambut kelahiran Balqis akan balik kampung. Jadi ayahlah orang yang paling sibuk dengan nak pergi konvo lagi. Tak dapatlah umi tengok ayah kat ambil ijazah kat UIA. Ayah pergi ngan abang Afif je, anak sedara kesayangan ayahlah...

Sementara ayah ke majlis konvo umi dibenarkan pulang. Mujurlah Mama Haikal,Neo dan Haiman datang dari Melaka tolong uruskan. Hari ke3 Balqis di rumah nurse yang datang melawat cakap Balqis kena kuning, terus kena masuk wad. Bermalamlah umi ngan Balqis di hospital. Ayah berulang alik lagi dari rumah ke hospital membawa bekal yang disiapkan nenek untuk umi. Nenek yang tak ikut atuk pulang ke kampung terpaksa tunggu di rumah sahaja kerana hanya bapa yang dibenarkan melawat bayi kuning. Umi yang asyik berair mata melihat Balqis di bawah lampu tanpa berpakaian ditenangkan ayah. Dalam pada itu umi masih berselera makan nasi ikan panggang bekalan nenek sedangkan ayah dah tak lalu nak makan risaukan Balqis. Kalau teringat peristiwa tu nenek selalu kata ayah sampaikan seminggu rambut tak bersikat punyalah susah hati.


.

Syukur satu malam saja di wad tapi kuning masih agak tinggi. Hari ke7 kita balik kampung. Rawatan diteruskan di Terengganu dengan mengambil darah setiap hari. Ayah yang sudah habis cuti 7 hari terpaksa pulang ke Klang seorang menyambut Ramadhan tanpa umi dan Balqis di sisi. Setiap malam ayah telefon umi setiap jam, kejutkan umi untuk menyusukan Balqis kerana masa tu Balqis perlu disusukan setiap jam. Hampir setiap hujung minggu juga ayah balik Terengganu kerana risaukan Balqis yang masih kuning. Kesian ayah dengan keadaan berpuasanya entah macam manalah.Adakalanya lepas berbuka puasa baru bertolak, sampailah pukul 2-3 pagi. Begitulah sampai Balqis dah baik setelah 19 hari diambil darah setiap hari. Masa tu atuk dan neneklah yang bawa Balqis berulang ke klinik.Terima kasih atuk dan nenek.

Dalam tempoh membesarkan Balqis ayahlah yang paling cerewet. Dalam banyak perkara yang umi dan orang lain tak kesah sangat,tapi pada ayah tidak. Macam-macam yang tak boleh dan macam-macam juga yang ramai orang fikir tak perlu tapi ayah kata perlu. Itu semua demi keselesaan dan kebaikan Balqis.Dalam bab pengurusan diri Balqis juga ayahlah yang lebih teliti daripada umi. Sepanjang tempoh pantang juga setiap malam ayah bangun bila Balqis menangis nak susu,temankan umi menyusukan Balqis.Apabila umi ditawarkan untuk mengajar petang pada tahun 2009 ayah terus suruh umi setuju. Kata ayah nanti tak la lama sangat Balqis kat rumah pengasuh.12.30 umi hantar, dalam pukul 3.00 paling lewat ayah dah boleh ambil Balqis, takutnya ayah kurang masa bersama Balqis. Walaupun kepenatan balik sekolah masih tak hilang ayah lebih rela menjaga Balqis sendiri daripada dibiarkan bersama pengasuh beberapa jam lagi.

Sekarang Balqis dah mencecah 10 bulan. Sedang lasak dan makin seronok bermain terutamanya dengan ayah. 'Membaca',menari,menyanyi dan main kuda ngan ayah. Pantang tengok ayah pakai baju mula la buat bunyi bumbumbum....nak naik kereta gi jalan-jalan. Seronok betul umi tengok ayah bersama Balqis. Panjang lagi perjalanan Balqis dan banyak lagi pengorbanan ayah yang bakal dicurah. Itulah ayah....nanti Balqis besar mesti kenang semua jasa ayah. Walaupun syurga di bawah telapak kaki ibu, pengorbanan ayah juga samalah besarnya dengan seorang ibu. bezanya cuma ayah tak melahirkan dan tak menyusu je...

umi mewakili Balqis dan umi sendiri mengucapkan
SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAH TERSAYANG....

Tuesday, June 16, 2009

berdiri

Balqis dah boleh berdiri.Seminggu dua ni asyik nak berdiri je. Bukan setakat nak berdiri,sambil berdiri dia nak tepuk-tepuk dan berjoget la pulak. Kejap-kejap jatuh. Tapi sekarang dah boleh berdiri lama.

Sunday, June 14, 2009

happy birthday

hari ni bday Pak Lang balqis. Selamat hari lahir yang ke 26 daripada Balqis sekeluarga. Apa yang specialnya Balqis cuma nak tunjukkan hadiah dari atuk untuk Pak Lang!!
Ini dia...sport rim dan tayar baru untuk Pak Lang.Masa datang rumah Balqis atuk minta ayah temankan gi cari sport rim.

Friday, June 12, 2009

cerita balqis, atuk,nenek semua


Hai..ni Balqis on the way ke Melaka.jemput atuk ngan nenek.Mereka ada kat rumah Uncle Puza nak datang rumah Balqis takut sesat.


Dah sampai pun.Bestnya tido sepanjang perjalanan...


Yeayea...nenek bg hadiah rantai...cantik tak?


Lepas main dalam rumah kitorang gi main kat taman depan rumah.Ni la sepupu-sepupu balqis.yang sebelah umi tu Pak usu.



Hooray...seronoknya main motor ni.

Alamak...dah ngantok la (pukul 12 mLm dah) tapi nak main lagi...kat sini ramai orang.Baju pun dah tukar lain ni.Dah berpeluh-peluh main tadi. Umi dah banyak kali suruh balqis tido tapi nanti rugi masa main pulak.hehe..

Tuesday, June 09, 2009

mandi,makan,mengaji


Ayah sedang basuh kereta ayah dan umi..


Balqis temankan ayah, lepas makan,
mandi pun kat luar rumah.



Siap mandi, masa untuk mengaji! A ba, ba a, a ba a, a ba ba...ba a a (baru baca yg ni..)

Sunday, June 07, 2009

Thursday, June 04, 2009

Fun fair


Malam tadi nak pergi rumah abang ipar umi yang setaman ngan kami. Bila lalu je depan rumah dia ayah tak jadi singgah. Mungkin diorang dah tidur kata ayah. Kitorang pun meneruskan perjalanan ke kedai yang berdekatan untuk beli telur.

Tiba-tiba umi nampak macam cahaya ke langit, ayah kata mungkin fun fair lalu mengajak umi ke sana. Hmmp.....akhirnya ngan pakaian tidur je umi ke sana. Nasib baik bersweater, cuma seluar je la bunga-bunga.Lawak betul rasa, dah la terjumpa ngan student kat sana.

Wednesday, June 03, 2009

karipap sardin

Hari ni ayah gi service kereta lagi. Sepanjang cuti ni rasanya habis masa ke situ je la. So sambil melayan karenah si kecik yang semakin macam2 ni umi menyempatkan diri buat karipap sardin


Buruk betul rupanya bila kelim sendiri..Tak setanding langsung ngan
Mommy Otai punya karipap sardin...Ha ha ha


Jauhnya perjalanan....


Hari ni Balqis ada satu cerita....



Cuti sekolah kali ni lain skit. Biasanya habiskan masa kat kampung je tapi cuti ni ayah kata nak selesaikan segala benda yang tak terbuat masa sekolah. Nak service kereta la, tukar itu ini, nak tanda paper exam yang belum siap,pergi settlekan urusan bank itu dan ini dan sebagainya. Bila dah beres semua boleh la balik kampung. Umi dah siap mark paper sebelum cuti lagi...tapi terpaksalah akur, tunggu ayah bereskan segala kerjanya dulu.Huhu...



Tapi yang seronoknya dalam kesibukan ayah mengur
uskan kerja-kerjanya sempat ayah bawa umi ngan Balqis gi jalan2. Hari hari keluar. Apa taknya, Balqis asyik mengamuk je kalau terkurung dalam rumah. Bagi dia, keluar depan rumah pun jadilah.Tapi yang tak syoknya, naik je kereta mesti tidur si kecik tu.Memang betul anak umi la. Macam umi zaman dulu2 la... Naik je kereta mesti tidur. Nak gi outing ke Bandar Machang dari Smach pun boleh tertidur dalam bas.Ha Ha..

Muka Balqis baru bangun tido...
Semalam ayah bawa kitorang gi Putrajaya. Kononnya nak gi wet land kat sana. Tengah syok bersembang dalam kereta, ayah cakap,"ala umi, salah jalan la ni.Dah terlajak. Ni nak gi KL". Ala ayah ni, kalau tak salah jalan tak sah. Apa lagi u turn la semula.Jauh juga nak sampai ke Putrajaya semula. Masuk je kawasan Putrajaya dengan yakinnya ayah drive menuju ke wet land. "Eh, macam tak lalu je sini hari tu (masa ayah temuduga kat Putrajaya hari tu dia nampak wet land)...." Tut2 salah jalan lagi jumpa tempat lain. Kitorang pun berhentilah kat situ.


Cantik juga pem
andangan kat sini ye..



Eh eh Balqis nampak Wet Land kat sana la ayah, jom kite pegi


Berbaloi la tersilap tempat pun. Setelah posing beberapa keping gambar kitorang meneruskan perjalanan.



Syuku
r.....akhirnya sampai ke destinasi yang dicari. "ummp, macam ni ke wet landnya?" La...daripada cerita ayah umi bayangkan macam wet world kat Shah Alam yang begitu happening ala-ala Sunway Lagoon. Haha rupanya ayah pun tersalah bayanngkan. Ishk iskh.Hmmm takpe lah ayah jom kita balik.

Masa datang survey Hospital Putrajaya (kononnya nak bersalin kat situ) dulu, kitorang balik ikut jalan jauh entah ke mana-mana sesatnya. Kali ni ayah kata senang je, masa datang temuduga tempoh hari dia balik ikut jalan yang sepatutnya, sekejap je. Tiba-tiba. "ala umi...silap la. Bukan jalan ni...


Eh eh ayah ni selalu bagi kitorang makan langsat tau

Hmmmmm dengan jalan sesaknya lama pula mengambil masa untuk uturn. Ayah sanggup uturn daripada ambil risiko sesat lagi macam dulu. Pukul 9.30 malam baru sampai waktu tu.Kali ni dengan kebijaksanaan membuat keputusan yang tepat akhirnya sampailah ke rumah tepat jam 7.00 malam.Itu pun lewat sikit sebab singgah solat dan beli makanan.Tapi kalau tak dua kali semua (asyik uturn je) awal lagi la sampai rumah.Tol dan jauhnya macam nak balik kampung rasa. Ha ha.....

Teringat kampung halaman yang kami rindui..
.

Ni kampung umi Ni kampung ayah