Friday, June 19, 2009

CERITA UNTUK BALQIS




Dah makan ubat? Dah minum susu? Nak makan apa hari ni? Itulah antara soalan-soalan ayah kepada umi sepanjang tempoh umi mengandungkan Balqis. Ayah juga selalu pesan supaya jaga diri baik-baik, jangan buat kerja berat, tak boleh makan itu dan ini...kena makan itu dan ini supaya baby sihat dan sebagainyalah.Pendek kata mengalahkan nenek pula. Segala keperluan, pemakanan dan kesihatan sangat diambil berat dan yang paling istimewanya ayah la yang selalu masak. Ayah juga ringan tangan membuat kerja-kerja rumah lain.Selepas solat berjemaah pula tak pernah terlepas ayah berdoa panjang untuk Balqis minta supaya Balqis sihat,sempurna,tiada komplikasi bila lahir dan segala yang baik la untuk Balqis.Begitulah kasihnya ayah terhadap Balqis, sejak dalam perut umi lagi dijaga dengan elok bagi memastikan Balqis sihat dan sentiasa dalam keadaan baik. Pada masa tu umi la yang untung, dilayan bagaikan puteri.He he...
Masa ni Balqis lima bulan dalam kandungan.

Ayah juga sangat teruja membeli segala keperluan untuk menyambut kelahiran Balqis, lebih daripada umi pula. Pesan nenek supaya beli sikit-sikit dulu tak terikut dah. Semua nak dibeli. Ayah jugalah yang pilih nama, kalau lelaki....ini...kalau perempuan ini...Masuk 4 bulan umi dah mula rasa pergerakan Balqis. Tapi ayah jarang dapat rasa dan tengok perut umi ditendang-tendang Balqis sebab bila umi suruh je ayah tengok Balqis terus diam. Di akhir-akhir bulan Balqis semakin aktif dan umi semakin tak larat. Akhirnya tanggal 23 Ogos 2008 lahirlah Nur Balqis bt Mohd Hishamuddin tepat jam 8.02 malam. Betapa gembiranya kami menyambut kelahiran Balqis. Kegembiraan ayah berganda kerana esoknya adalah hari konvokesyennya. Balqis menjadi hadiah konvo ayah yang paling berharga dan sungguh bermakna....


Malam tu betapa kelam kabutnya ayah, berulang dari rumah ke hospital menguruskan pelbagai perkara. Esoknya atuk dan semua yang datang untuk meyambut kelahiran Balqis akan balik kampung. Jadi ayahlah orang yang paling sibuk dengan nak pergi konvo lagi. Tak dapatlah umi tengok ayah kat ambil ijazah kat UIA. Ayah pergi ngan abang Afif je, anak sedara kesayangan ayahlah...

Sementara ayah ke majlis konvo umi dibenarkan pulang. Mujurlah Mama Haikal,Neo dan Haiman datang dari Melaka tolong uruskan. Hari ke3 Balqis di rumah nurse yang datang melawat cakap Balqis kena kuning, terus kena masuk wad. Bermalamlah umi ngan Balqis di hospital. Ayah berulang alik lagi dari rumah ke hospital membawa bekal yang disiapkan nenek untuk umi. Nenek yang tak ikut atuk pulang ke kampung terpaksa tunggu di rumah sahaja kerana hanya bapa yang dibenarkan melawat bayi kuning. Umi yang asyik berair mata melihat Balqis di bawah lampu tanpa berpakaian ditenangkan ayah. Dalam pada itu umi masih berselera makan nasi ikan panggang bekalan nenek sedangkan ayah dah tak lalu nak makan risaukan Balqis. Kalau teringat peristiwa tu nenek selalu kata ayah sampaikan seminggu rambut tak bersikat punyalah susah hati.


.

Syukur satu malam saja di wad tapi kuning masih agak tinggi. Hari ke7 kita balik kampung. Rawatan diteruskan di Terengganu dengan mengambil darah setiap hari. Ayah yang sudah habis cuti 7 hari terpaksa pulang ke Klang seorang menyambut Ramadhan tanpa umi dan Balqis di sisi. Setiap malam ayah telefon umi setiap jam, kejutkan umi untuk menyusukan Balqis kerana masa tu Balqis perlu disusukan setiap jam. Hampir setiap hujung minggu juga ayah balik Terengganu kerana risaukan Balqis yang masih kuning. Kesian ayah dengan keadaan berpuasanya entah macam manalah.Adakalanya lepas berbuka puasa baru bertolak, sampailah pukul 2-3 pagi. Begitulah sampai Balqis dah baik setelah 19 hari diambil darah setiap hari. Masa tu atuk dan neneklah yang bawa Balqis berulang ke klinik.Terima kasih atuk dan nenek.

Dalam tempoh membesarkan Balqis ayahlah yang paling cerewet. Dalam banyak perkara yang umi dan orang lain tak kesah sangat,tapi pada ayah tidak. Macam-macam yang tak boleh dan macam-macam juga yang ramai orang fikir tak perlu tapi ayah kata perlu. Itu semua demi keselesaan dan kebaikan Balqis.Dalam bab pengurusan diri Balqis juga ayahlah yang lebih teliti daripada umi. Sepanjang tempoh pantang juga setiap malam ayah bangun bila Balqis menangis nak susu,temankan umi menyusukan Balqis.Apabila umi ditawarkan untuk mengajar petang pada tahun 2009 ayah terus suruh umi setuju. Kata ayah nanti tak la lama sangat Balqis kat rumah pengasuh.12.30 umi hantar, dalam pukul 3.00 paling lewat ayah dah boleh ambil Balqis, takutnya ayah kurang masa bersama Balqis. Walaupun kepenatan balik sekolah masih tak hilang ayah lebih rela menjaga Balqis sendiri daripada dibiarkan bersama pengasuh beberapa jam lagi.

Sekarang Balqis dah mencecah 10 bulan. Sedang lasak dan makin seronok bermain terutamanya dengan ayah. 'Membaca',menari,menyanyi dan main kuda ngan ayah. Pantang tengok ayah pakai baju mula la buat bunyi bumbumbum....nak naik kereta gi jalan-jalan. Seronok betul umi tengok ayah bersama Balqis. Panjang lagi perjalanan Balqis dan banyak lagi pengorbanan ayah yang bakal dicurah. Itulah ayah....nanti Balqis besar mesti kenang semua jasa ayah. Walaupun syurga di bawah telapak kaki ibu, pengorbanan ayah juga samalah besarnya dengan seorang ibu. bezanya cuma ayah tak melahirkan dan tak menyusu je...

umi mewakili Balqis dan umi sendiri mengucapkan
SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAH TERSAYANG....

8 comments:

  1. sebaknyer ayah baca tulisan umi ni....bermakna sgt tulisan ini bagi ayah..kerana hanya ayah yang memahami dan merasai segala yang tersirat di sebalik tulisan ini..memang ayah sangat cerewet kerana ayah nak sentiasa pastikan segalanya selamat dan terjamin...supaya Ummi dan Balqis sentiasa berada dalam keadaan bahagia dan sihat walafiat.....Walaupun sekarang tugas membuat ayah makin kelam kabut dan penat namun keluarga adalah tanggungjawab utama ayah...tugas nombor dua......Ya Allah ya tuhankan semoga keluargaku menjadi keluarga yang bahagia dan bebas daripada segala malepetaka..Amin..Salam Kasih dan Sayang yang tak terhingga daripada Ayah buat Ummi tercinta dan Balqis tersayang....

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.... ayah ni...bila komen kat sini letak la nama ayah...mcm umi sendiri plak yang komen.

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Bahagianya tgk korang bhgia..
    toque-su doakan rmhtgga kt semua kn bhgia dunia hgga akhrt.. amin...

    ReplyDelete
  4. tq.InsyaAllah.sape toque-su ni ye

    ReplyDelete
  5. Salam..

    sape?ha, tnya blqs msti dia tau..

    ReplyDelete
  6. sori la toksu.Sekali imbas tengok gambar dalam hati kata macam kenal je lelaki tu.Yang perempuan pun macam kenal juga. budak smach ke.duk pikir la nama ape dia ni. Tengah duk nuyusu Balqis baru teringat balik gambar tu...la na ko. Hihi dale gambar mcm lain skit.I'm sorry....

    ReplyDelete
  7. zaitu..sedih la ore baca coretan zaitu ni..tk sdr air mata terkeluar..pndai sguh zaitu karang ayt..siyes ngis esak2..aiseyyy malu laa...hhehee..

    ReplyDelete
  8. ha ha farah ni...tersentuh pulak jiwa si ibu ni.saja nak bgtau Balqis.bila besar nanti blh dia baca.

    ReplyDelete