Saturday, October 29, 2011

Tinggal kat kampung

Esok umi ngan ayah akan balik Klang setelah kampir seminggu bercuti . Tapi kali ni kakak ngan adik terpaksa umi tinggalkan kat kampung ngan atuk dan nenek. Kaluai rindu..telefonlah umi ngan ayah ye...4 hari je tinggal adik ngan kakak.minggu depan dah raya haji.nanti kita jumpa ye.

Friday, October 21, 2011

Anak-anakku


Danial masih nyenyak tidur. Kesian dia, kepenatan agaknya asyik di'gas'. Ini kali ke3 Danial dimasukkan ke wad, bulan Mac, Mei dan Oktober. Ujian yang agak hebat untukku dan suami pada tahun ini. Mungkin penyusuan ibu yang hanya selama 4 bulan menyebabkan antibodinya agak lemah. Kakaknya, Nur Balqis hanya berhenti menyusu badan sebaik sahaja aku bersalinkan Danial. Masa tu usianya mencecah 1 tahun 8 bulan. Tidak kutahu kenapa adiknya hanya memilih untuk menyusu badan selama4 bulan sahaja. Agak terkilan kerana aku memang berhasrat untuk menyusukan dia sekurang-kurangnya hingga 2 tahun.

Apapun, perkara itu sudah berlalu...kini aku mengharapkan anak ketiga akan meneruskan niatku itu.

Wednesday, July 27, 2011

Balqis si mulut banyak (bulan depan cukup 3 tahun)

Aku nak alih kereta ke bawah bumbung.

Umi : kakak la ni...habis sepah depan rumah kita (sambil membersihkan sisa makanan depan
pintu rumah)
Balqis : ni tahi kucing la mi..(sambil menunjukkan sisa makanan yang dah rupa macam tahi kucing). mak dia tak basuh lagi......takde air paip.
Umi : (pandai la ko balqis) Umi nak alih kereta ni.kakak nak ikut ke?
Balqis : nak ikut...
Umi : ha...mai la (sambil mengangkat balqis ke dalam kereta)
Balqis : takpe ke tinggal adik sorang? (Danial masih tidur dalam rumah kat bilik atas)
Umi : ntah?takpe ke?
Balqis : takpe......Allah ada...kita tak nampak Allah.
Umi : Allah je nampak kita.
Balqis : Dah sampai....(bila aku siap park kat bawah bumbung)
Umi : Tengok tu...kucing kakak berak bawah kereta umi..(sambil menunjukkan tempat aku letak kereta sebelum dialih)
Balqis : Ala....nanti ayah balik, ayah basuh la tu...
Umi : (tergelak sorang)


Tuesday, July 26, 2011

pindah rumah

penatnya seminggu pack barang untuk pindah.dah mula angkut ke rumah baru bermula semalam.

Wednesday, July 13, 2011

'' yang awak bagi dia main tepung tu kenapa?" Begitulah bunyi mesej yang baru kuterima daripada suami tercinta.Sedihnya aku...ingatkan suami akan menyebelahi aku bila diberitahu kejadian di rumah. Air mataku mula bergenang, entah mengapa hatiku begitu mudah terguris sedangkan bukannya perkara besar pun. Kalau orang tahu, aku digelakkan aje agaknya..... Lambat pula rojak yang kupesan siap. Pembeli di gerai tu tidaklah ramai sangat tapi seorang membeli 3 atau 4 bungkus. Bosan menunggu fikiranku melayang.Aku teringat peristiwa peperangan bersama anak-anak di rumah.

Manalah santan packet ni....desus hatiku. Aku menyelongkar tempat simpanan bahan-bahan masakan. Tiba-tiba anakku yang juga sibuk kat dapur ternampak tepung.

Balqis : Ummi...kakak nak tu...kakak nak tu.
Aku : Tak payah la kakak.
Balqis : Ala....kakak nak tu.

Bosan mendengar rengekannya aku bubuh sedikit tepung ke dalam mangkuk kecil lalu kuberi kepadanya. Eloklah dia bermain sebentar. Tiba-tiba dimintanya aku untuk tambah lagi tepung. Aku tidak melayan kerana sibuk memasak lagipun aku tahu natijahnya nanti. Balqis yang mulanya merengek-rengek nakkan tepung terus menangis meraung apabila permintaannya tidak dituruti. makin lama makin kuat bagaikan satu taman boleh mendengar jeritannya. Aku yang sememangnya sedang mengejar masa, nak cepat ke sekolah ni memang terasa amat geram. Rasa kemarahanku membuak-buak apabila anak tidak mahu mendengar kata. Tuhan sahajalah yang mengetahui perasaanku.

Dengan geramnya aku mencurah( betul ke mencurah?) tepung penuh mangkuk tadi. Balqis puas hati. Aku membiarkan saja dia buat apa yang dia suka. Makin dilayan makin lambat kerja aku nanti. Danial turut mengerjakan tepung tersebut dengan gembiranya. Teringat sewaktu si kecil itu menuangkan hampir sebotol minyak masak 5kg ke atas lantai dapur. Hampir 2 jam aku mengerjakan lantai dapur tu. Penatnya bagai orang kerja kat sawah ke ladang kelapa sawit..

Sedang aku sibuk membasuh pinggan, Balqis datang menunjukkan hasil kreatifnya kepadaku.

Balqis : Ummi...tengok ni, kakak buat buaya.... Ummi, tengoklah ni, kakak buat buaya.

Aku buat tak tahu saja tapi sempatlah kujeling hasil kerja tangan anankku itu. Balqis terus memanggil-manggilku supaya tengok tepung gandum yang sudah diulinya menjadi bentuk seakan buaya. Pandai juga anakku yang belum pun lagi genap 3 tahun tu. Hatiku mula berasa kesian pada Balqis kerana tidak melayannya tetapi kukeraskan jua hati ini untuk buat tidak tahu. Akhirnya Balqis mengambil tempat duduknya semula meneruskan pekerjaannya bersama adik yang tak kurang nakalnya itu.

Selesai masak satu pekerjaan baru menungguku. Membersihkan lantai yang melekit-lekit penuh dengan tepung. Sebelum itu dua beradik tu sudah pun menghias lantai dengan butiran nasi berkicap hasil sarapan pagi. Boleh dikatakan penuh satu dapur. Hmmmm... aku mengeluh panjang. Memang aku ni tak pandai mendidik anakku ke? Tapi mereka memang tak nak ikut apa yang aku suruh. Nak disuap taknak, nak juga makan sendiri. Bila makan sendiri begitulah jadinya.

Aku melihat jam di dinding. Boleh tak kalau balik sekolah nanti la baru mop? Aku bermonolog sambil bergegas keluar... Dengan pantasnya aku mula mengemas ruang tamu yang penuh dengan mainan Si Balqis dan Danial. Tilam-tilam kuatur rapi di tepi sofa bersama bantal-bantal dan teddy bear kakak. Sambil mengemas balqis sibuk di bilik air. Sibuk membersihkan dirinya yang penuh dengan tepung agaknya...fikirku. Tiba-tiba dia keluar dengan pakaian basah kuyup.Terus diambilnya susu dan baring di atas tilam. Aku menjadi semakin marah. (bersambung)

Thursday, June 23, 2011

kena pindah

alhamdulillah.setelah 2 minggu mencari rumah akhirnya jumpa yang sesuai.

Sunday, June 19, 2011

selamat hari bapa

Tanggal 23 Ogos 2008,8.03 malam...bermula detik itulah Mohd Hishamuddin Endut bergelar bapa. Dia mula membahasakan dirinya ayah buat bayi sulungku bernama Nur Balqis.

Sunday, June 12, 2011

DUGAAN

Hebatnya dugaan yang Engkau berikan Ya Allah.semoga hati ini tabah menghadapinya.Kumohon daripadaMu Ya Allah berilah jalan penyelesaian dan selamatkanlah ............

Tuesday, May 24, 2011

KAKAK DAN ADIK

Hari demi hari kakak dan adik makin membesar. Umi dan ayah gembira sangat tengok perkembangan kakak dan adik.Kakak yang becok sering mencuit hati.Adik pula semakin lasak.

Sunday, May 08, 2011

SELAMAT HARI IBU

Selamat hari ibu buat ibuku tercinta....Hasiyah bt Jaafar. Semoga ma sentiasa sihat dan bahagia selalu.........

Tidak lupa juga buat semua insan yang bergelar ibu.

Wednesday, April 27, 2011

TEMASYA SUKAN TAHUNAN

Alhamdulillah...lega hatiku sukan sudah berakir. Memang tidak dapat dinafikan tanggungjawab sebagai ketua rumah sukan ni sangat berat. Syukur akhirnya berjaya juga mendapat tempat keseluruhan. Peserta bawah 15 banyak menyumbang markah untuk rumah Tahan. Bagi acara balapan hanya acara 400 meter tidak ada wakil pemenang bagi rumah tahan, bawah 15. Aku sangat berpuas hati dengan budak-budakku. Tidak sia-sia sokongan moral yang diberikan, amat berbaloi walaupun tidak mendapat gelaran juara. Terima kasih pelajar-pelajarku.

Tuesday, April 26, 2011

Monday, April 25, 2011

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU SAYANG


Semalam genaplah umur Danial setahun. Cepat sungguh masa berlalu, sekejap sahaja rasa Danial sudah berusia satu tahun. Tapi sayang, hari lahir pertamanya ini tidak dapat diraikan bersama kerana Danial dan Balqis balik ke kampung bersama nenek dan atuknya. Namun sempat juga ayah belikan kek kecil buat Danial dan disambut sehari sebelum hari lahirnya. Kami raikan awal sebab Danial akan balik pada hari itu juga. Semoga Danial bertambah sihat berada di kampung. MInggu depan umi dan ayah akan balik jenguk...adik dan kakak.

Thursday, April 21, 2011

Danial sakit lagi

16 dan 17 April Danial masuk wad lagi

Sunday, April 10, 2011

JANGAN SAKIT LAGI ANAKKU


9 Mac 2011, Muhammad Danial bin Mohd Hishamuddin telah dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan sesak nafas akibat Bronkitis. Danial disahkan terkena jangkitan pada paru-paru dan mengalami kesukaran bernafas akibat terlalu banyak kahak.Pada mulanya aku sangat terkejut apabila doktor mengatakan Danial perlu dimasukkan ke ICU.Terasa bagai hampir luruh jantung ini kerana setahu aku ICU adalah tempat untuk pesakit kritikal. Tetapi aku menarik nafas separuh lega apabila doktor menjelaskan bahawa dia ditempatkan ke situ bukan disebabkan terlalu kronik, cuma dia perlukan jagaan rapi dengan diberi sedutan gas untuk mencairkan kahak setiap 15 minit sekali. Apabila keadaan semakin baik, dia akan diberi gas setiap 1 jam sekali, kemudian 2 jam sekali seterusnya 4 jam sekali.Kesian betul aku melihatnya menghadapi kesukaran untuk bernafas. Syukur, hanya dua hari satu malam berada di wad ICU, Danial dibenarkan berpindah ke wad biasa.


Friday, April 01, 2011

selamat hari lahir yg ke34



Hari ni genap usia ayah 34 tahun.Umi belikan ayah baju baru.Harapnya ayah suka tapi masih ada yang tak kena.saiznya besar sikit.huhu.Danial dan balqis pun ada hadiah untuk ayah.suprise!!!!!!!!!!!!!!

Friday, March 04, 2011

Saturday, February 26, 2011

danial boleh jalan

danial dah masuk 10 bulan.dah boleh jalan selangkah dua langkah

Thursday, January 20, 2011

Pembuka tirai 2011

Dah 20 hari 2011 berlalu...banyak perkara yang berlaku.....
Awal tahun lagi satu famili dah merasa sakit...dimulakan dengan danial demam terberak2 di penghujung 2010. Ayah sakit perut..then naik gatal2 satu badan tak tau kenapa hinggalah minggu pertama Januari.....
Jumaat 14/1/11 danial demam panas...Sabtu umi plak demam...Isnin Balqis plak sambung....