Thursday, July 30, 2009

Tuesday, July 28, 2009

Dah banyak langkah



Malam tadi Balqis dah dapat berjalan banyak langkah . Pagi ni pun dia berjalan lagi. Sukanya tengok Balqis dah dapat berjalan!

BAHASA BALQIS


1. Mmii-umi
2. Yah-ayah
3. Nenen-susu
4. Nak-nak
5. (Geleng kepala)-taknak
6. Nek-nenek
7. Tok-atuk
8. Toh-jatuh
9. Buah-(tak tau apa dia maksudkan)
10.Belum2-(tak tau apa dia maksudkan)
11. Wobak-Allahuakbar
12. Mamam-makan
13.Bvoom-kereta
14. Tata-byebye

Sunday, July 26, 2009

tadaaaaaaaaaaaa.......

Umi n Balqis di kampung halaman ayah

Senja Nan Damai

Damai dan tenang berada di kampung halaman....bebas dari segala bunyi hon-hon kereta.........udara yang sangat nyaman..burung-burung berkicau....sekali sekala bunyi tupai yang sedang mengorek kelapa........bunyi kambing yang tiba-tiba masuk memakan segala pokok bunga.......ahhhhhhhhhhhhhhhhhh nanti suatu masa kita kembali dan hidup aman damai di sini.....sudah penat dan tenat hidup di kota .......

Balik kampung


Balqis makan roti dalam perjalanan balik kampung...


Kampung umi...ini durian baru luruh. 20 biji luruh hari ni sambut kepulangan kami


Singgah kampung moyang Balqis sebelum sampai kampung ayah.


Rambutan baru masak..


Balqis sebaya ngan sepupu umi....Humaira.


Dah sampai kampung ayah. Tok Ki Ndut terus gi masuk kebun kutip durian..


Inilah hasilnya. Dapat 3 guni....


Balik dari pantai. Tak sempat bergambar kat pantai...Balqis tido dalam keta..

Friday, July 24, 2009

BOLEH BERJALAN


Sejak demam minggu lepas Balqis mula mengatur langkah. Setakat ni baru dapat 3 langkah....

Friday, July 17, 2009

sakit sama-sama...

Hari ni umi ngan ayah demam selsema, berjangkit ngan Balqis. Balqis dah baik setelah 3hari demam. Ayah dan umi dapat MC satu hari.Ingat nak balik kampung esok, dah cuti hari ni terus balik pagi ni la... nak ambil nenek, sebab pengasuh Balqis demam. Doktor kata mungkin denggi. Jadi nak minta tolong nenek jaga Balqis la seminggu...


Ni masa Balqis masih demam. Pergi klinik yang biasa kami dapatkan rawatan. Poliklinik Alia, Port Klang.


Gi check up bulanan. Nurse kata Balqis dah tak demam

Saturday, July 11, 2009

tak jadi puasa

Semalam aku puasa ganti untuk hari yang ke 19. Gembira tinggal lagi 11. Jenuh nak menghabiskannya. Ye la...sebulan tinggal,berpantang tahun lepas.Sejak menyusukan Balqis jadi tak larat so aku pilih hari yang tak banyak kelas. Tapi minggu ni test so tak kisah la sebab tak mengajar, tak penat sangat. Tapi aku lupa semalam dah habis test, dah la ada 6 waktu daripada 7. 4 waktu pertama aku rileks lagi membincangkan jawapan ngan pelajar.Tapi masuk waktu ke5 aku rasa dah tak boleh berdiri..nak bercakap pun tak larat sangat apatah lagi mengajar. Aku duduk je sambil bagi kertas test budak2 yang telah siap disemak.

Dah habis bagi kertas aku bangun, tiba-tiba termenangis depan budak2 tu. Malu je. Budak2 tanya kenapa cikgu? Aku dah tak boleh tahan, aku cakap aku nak gi solat asar, terus keluar dari kelas. Aku cuba sembunyikan daripada cikgu2 yang ada kat bilik sembahyang tapi ada yang perasan. Semua sibuk bertanya. Aku makin teresak-esak, tangan dah krem...tak boleh nak gerakkan jari langsung. Dah tau cerita, mereka semua suruh berbuka puasa. Dua orang tolong urutkan jari tangan kiri dan kanan,seorang tolong suapkan nasi. Terharunya rasa di atas keprihatinan diorang. Kaunselor siap bawa lampu suluh dan spektrum cahaya apa benda ntah lagi...nak alirkan tenaga katanya.

Mereka telefon suamiku suruh datang ambil segera sebab memang tak boleh nak drive. Risaunya dia ingatkan accident ke ape bila cikgu tu telefon suruh ambil aku kat sekolah.Ayah minta Aafif hantar. Tapi masa ayah sampai aku dah ok. Sementara menunggu aku solat, Balqis sempat main-main,angkat kening lagi ngan cikgu-cikgu kat situ. Sampai je rumah ayah terus buatkan susu untukku.

Kasihnya ibu....ma ku kat kampung dah sibuk nak datang temankanku seminggu kat sini. Ma kata kalau nak suruh ma ngan abah datang sekarang pun boleh. Aku cakap tak perlulah, kesian ma abah penat jauh-jauh nak datang. Tak ada bendanya...aku cuma penat takde tenaga tak makan, menyusu...kelas pula banyak, itu je. Ma kata kena mengurut, so malam tadi juga ayah telefon tanya pengasuh Balqis, Mak Cik Mimah ada tak orang mengurut kat kampung tu. Dia terus bawa aku ke tempat mengurut malam tadi.Sedap juga mengurut ngan makcik tu...

Terima kasih semua yang tolong...ayah,Kak Yus, Kak Ita yang tolong urut....Kak Miza suap nasi, Kak Nor bg nasi dan rendang yang sedap tu...Pn. Malar ngn lampu suluh, Pn.Khalidah yg datang melawat, Kak As yang menceriakan keadaan, Aafif tolong hantar ayah dan Balqis dan semualah yang tak tersebut di sini yg terlibat secara langsung atau tidak langsung...Syukur padaMu Ya Allah....ujian yang sekejap itu mengingatkanku sakit dan mati itu boleh datang bila-bila masa sahaja.

Sayang juga tinggal 2jam lagi nak buka puasa...terpaksa berbuka.Tapi takpe lah...yang penting aku dah ok.Alhamdulillah..

Sunday, July 05, 2009

genting

Pagi tadi umi ada kursus kat Genting Highland pukul 8.00 hingga 10.30 pagi.Sebenarnya semalam mula kursus tapi susah la nak bawa Balqis pergi tidur kat sana. Lagipun kursus yang rasminya pagi ni. kebetulan pula atuk nenek Balqis datang semalam. Toknyang dan moknyang Balqis pun datang dari Terenggan ke Melaka kemudian keKlang nak tengok cicit-cicit mereka.

Seawal 4.00 pagi Balqis dah kejutkan umi ngan ayah. Tut-tut pukul 5 juga bangun masak bubur Balqis kemudian mandikan dia. Rileks je dia tak meragam langsung. Atuk ngan nenek dan yang lain pun sibuk bersiap nak bertolak balik ke Terengganu. Pukul 6.40 kami bertolak, sampai Genting pukul 7.50. Umi masuk dewan, tinggalkan Balqis yang nyenyak tidur duk dalam kereta ngan ayah.

Habis je kursus Balqis dah merengek....tambah lagi nampak umi dia. Tak sempat umi nak bergambar sikit kat Genting tu kitorang terus balik. Sepanjang jalan pergi dan balik Balqis tidur. Sampai rumah sambung lagi tidur hingga jam 3petang ngan umi sekali.Hehehe....



Balqis pada 9.50 mlm ni tengah memunggah. Segala benda yang tersusun elok dia punggah dan selerakkan.Tu la hobi dia hari-hari.

Ni gambar lepas bangun tido petang tadi.

Lama sangat tido, bangun terus main bukan main aktif lagi. tak larat umi mengejar.

Ni Balqis syok tido semalam dalam kereta baru atuk, Exora...


Petang semalam gi hantar Ayah Cik Balqis kat Damansara... bergambar bersama nyang Balqis.

Pagi tadi umi ada kursus kat Genting Highland pukul 8.00 hingga 10.30 pagi.Sebenarnya semalam mula kursus tapi susah la nak bawa Balqis pergi tidur kat sana. Lagipun kursus yang rasminya pagi ni. kebetulan pula atuk nenek Balqis datang semalam. Toknyang dan moknyang Balqis pun datang dari Terenggan ke Melaka kemudian keKlang nak tengok cicit-cicit mereka.

Seawal 4.00 pagi Balqis dah kejutkan umi ngan ayah. Tut-tut pukul 5 juga bangun masak bubur Balqis kemudian mandikan dia. Rileks je dia tak meragam langsung. Atuk ngan nenek dan yang lain pun sibuk bersiap nak bertolak balik ke Terengganu. Pukul 6.40 kami bertolak, sampai Genting pukul 7.50. Umi masuk dewan, tinggalkan Balqis yang nyenyak tidur duk dalam kereta ngan ayah.

Habis je kursus Balqis dah merengek....tambah lagi nampak umi dia. Tak sempat umi nak bergambar sikit kat Genting tu kitorang terus balik. Sepanjang jalan pergi dan balik Balqis tidur. Sampai rumah sambung lagi tidur hingga jam 3petang ngan umi sekali.Hehehe....