Saturday, July 11, 2009

tak jadi puasa

Semalam aku puasa ganti untuk hari yang ke 19. Gembira tinggal lagi 11. Jenuh nak menghabiskannya. Ye la...sebulan tinggal,berpantang tahun lepas.Sejak menyusukan Balqis jadi tak larat so aku pilih hari yang tak banyak kelas. Tapi minggu ni test so tak kisah la sebab tak mengajar, tak penat sangat. Tapi aku lupa semalam dah habis test, dah la ada 6 waktu daripada 7. 4 waktu pertama aku rileks lagi membincangkan jawapan ngan pelajar.Tapi masuk waktu ke5 aku rasa dah tak boleh berdiri..nak bercakap pun tak larat sangat apatah lagi mengajar. Aku duduk je sambil bagi kertas test budak2 yang telah siap disemak.

Dah habis bagi kertas aku bangun, tiba-tiba termenangis depan budak2 tu. Malu je. Budak2 tanya kenapa cikgu? Aku dah tak boleh tahan, aku cakap aku nak gi solat asar, terus keluar dari kelas. Aku cuba sembunyikan daripada cikgu2 yang ada kat bilik sembahyang tapi ada yang perasan. Semua sibuk bertanya. Aku makin teresak-esak, tangan dah krem...tak boleh nak gerakkan jari langsung. Dah tau cerita, mereka semua suruh berbuka puasa. Dua orang tolong urutkan jari tangan kiri dan kanan,seorang tolong suapkan nasi. Terharunya rasa di atas keprihatinan diorang. Kaunselor siap bawa lampu suluh dan spektrum cahaya apa benda ntah lagi...nak alirkan tenaga katanya.

Mereka telefon suamiku suruh datang ambil segera sebab memang tak boleh nak drive. Risaunya dia ingatkan accident ke ape bila cikgu tu telefon suruh ambil aku kat sekolah.Ayah minta Aafif hantar. Tapi masa ayah sampai aku dah ok. Sementara menunggu aku solat, Balqis sempat main-main,angkat kening lagi ngan cikgu-cikgu kat situ. Sampai je rumah ayah terus buatkan susu untukku.

Kasihnya ibu....ma ku kat kampung dah sibuk nak datang temankanku seminggu kat sini. Ma kata kalau nak suruh ma ngan abah datang sekarang pun boleh. Aku cakap tak perlulah, kesian ma abah penat jauh-jauh nak datang. Tak ada bendanya...aku cuma penat takde tenaga tak makan, menyusu...kelas pula banyak, itu je. Ma kata kena mengurut, so malam tadi juga ayah telefon tanya pengasuh Balqis, Mak Cik Mimah ada tak orang mengurut kat kampung tu. Dia terus bawa aku ke tempat mengurut malam tadi.Sedap juga mengurut ngan makcik tu...

Terima kasih semua yang tolong...ayah,Kak Yus, Kak Ita yang tolong urut....Kak Miza suap nasi, Kak Nor bg nasi dan rendang yang sedap tu...Pn. Malar ngn lampu suluh, Pn.Khalidah yg datang melawat, Kak As yang menceriakan keadaan, Aafif tolong hantar ayah dan Balqis dan semualah yang tak tersebut di sini yg terlibat secara langsung atau tidak langsung...Syukur padaMu Ya Allah....ujian yang sekejap itu mengingatkanku sakit dan mati itu boleh datang bila-bila masa sahaja.

Sayang juga tinggal 2jam lagi nak buka puasa...terpaksa berbuka.Tapi takpe lah...yang penting aku dah ok.Alhamdulillah..

11 comments:

  1. emmm kakwei siannya...ore pun pnah gak posa msa hari sekolah...siap pitam dpn pelajar lg huhu...tp mujur la x pengsan situ ...

    ReplyDelete
  2. tu la diana...dah xde masa ni.bulan depan dah nak masuk ramadhan.

    ReplyDelete
  3. em....make le kurma utk sahur...i`allah ada tenaga

    ReplyDelete
  4. make doh diani....kurma kebetulan abg wak blk mekah baru ni...

    ReplyDelete
  5. huhu..tu la kan..tinggal byk poso time pantang mmg seksa nak ganti balik..adoi jom kita poso sama2 key.ado semnagt sket kot poso ramai2 even duk jauh..ore 12 hr lagi nih :(

    ReplyDelete
  6. Kek besday kek lapis ke?boleh je..nak kek coklat topping pon bley..bday Mek kecik ke....nanti balik cuti sekolah cik Su buatkan kek utk Balqis...

    ReplyDelete
  7. siyess nyo ko zaitu...dugaannn..sabo deh..

    ReplyDelete
  8. Salam...
    ye ker smpai cm tu skali?? ada trdgr mk cte z2 xbrp chat. kbtln wktu 2 krdt xdak. jadi duk tggh2. trus lupa. srkg ok?

    ciannya, nt pose wktu cuti la..dh la tuannya cute miut, aduh na gak yg mkin mntel. hehe..

    xpe. ujian 2 dtg tok org yg Allah syg. skali ujian dtg, dikurgkn dosa kt. ditmpuh dgn pnuh sbr, pahala pula dkurniakn..

    ReplyDelete
  9. toksu,
    ni pesanan daripada ayah, merangkap psnn umi juga:
    1) jaga pemakanan
    2) elakkan segala jenis bauan seperti ridsect, pencuci tandas n seumpamanya.bahaya...
    3) minum byk susu (anmum atau seangkatan dgnnya)
    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami.heheh..

    ReplyDelete