Tuesday, January 19, 2010

Happy birthday UMMY



hAPPY Birthday umi..dari ayahhh...terima kasih kerana telah membahagiakan kami berdua...ayah tak sabar menanti saat seterusnya..........semoga umi terus matang dan terus bahagia..........
Maafkan ayahhhhhhhhhhhhhh.....walau apa pun selamat hari jadi ummi ayah terlewat wishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ari ni ayah belikan kek........................................................................jom makan..

Monday, January 18, 2010

Happy birthday to me

Hari ni genap usiaku 29 tahun. Terima kasih buat ibuku yang telah melahir dan membesarkanku.Juga buat abahku yang masih lagi prihatin hingga kini walaupun aku sudah berkeluarga sendiri. Buat suamiku dan anakku Balqis yang sentiasa di sisi menjadi penyeri hidupku...terima kasih. Tidak lupa buat kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang mengingati diri ini. Untuk baby yang bakal lahir tak lama lagi....dikaulah hadiah yang paling berharga untuk hari lahir umi pada tahun ini.

Friday, January 15, 2010


balqis ni suka sangat pakai baju masa dia baby dulu.baju putih ni baju tidur masa baby dulu.dah kecil sangat dah.nak juga dia pakai.last2 jadi cover baju biru ni...kelakar la balqis ni.tak pakaikan kan nangis.

Thursday, January 14, 2010

Balqis pun nak lari


Yea....balqis dapat nombor 1 lari...orang lain semua kat belakang ...

Tuesday, January 05, 2010

5 hari bulan di 2010....fuhhhhh


hari ini dah 5 hari di 2010....erm biasalah hidup mula sibuk kembali....rutin biasalah..........hari ni busy esok busy sabtu busy sabtu busy................fuhhhhhhhhhhhh

Friday, January 01, 2010


SELAMAT TAHUN BARU...2010 (balqis membuka tirai baru...2010)

Banyak sudah perkembangan Balqis yang tidak tertulis di sini. Seronok sangat melihat gelagatnya yang serba serbi sudah pandai. Segala perkataan yang biasa digunakan di rumah dia sudah faham semuanya dan sudah dapat mengatakannya balik kena pada tempatnya. Sudah tahu dan boleh sebut anggota tubuh badan, alatan mandi, nama-nama makanan, rasa sejuk, panas, sakit, nak tak nak semua dah berbutir di bibirnya.

Seusia 1 tahun 4 bulan ini juga dia sudah kenal dan boleh panggil atuk, nenek dan semua panggilan saudara mara selain daripada perkataan umi dan ayah yang sudah lama dapat disebutnya.Walaupun kadang-kadang ada antara sebutannya pelat sedikit kita masih mampu memahaminya.Secara ringkasnya, Balqis dah pandai bercakap!

Selain daripada suka 'tolong' umi masak, jemur kain,sapu rumah, Balqis sangat suka menyanyi dengan ayah. Balqis juga dah berminat tengok tv, maksudnya boleh duduk diam depan tv...dulu dia tak kisah pun.Dia juga rajin baca buku...pandai bercerita sendiri berdasarkan gambar yang dilihatnya.Kini Balqis tidak lagi mengamuk macam kecil-kecil dulu. Sudah pandai 'bawa diri'...main seorang diri atau dengan bear-bearnya. pandai juga dia mengusik umi dan ayah. Kalau ayah lambat bangun, siaplah disumbat botol susu ke mulut ke...dijolok hidung ke dan sebagainya.

Kelakar bila pernah dia menanggalkan seluarnya cakap dengan umi..'nak cing' sedangkan dia pakai diapers.Kalau dah ' uk-uk' pun dia terus ke tandas minta dibasuh. Nak tidur malam mesti terus panjat tangga nak naik tidur kat atas. Selewat mana pun dia tidur pukul 7 atau 8 pagi mesti dah bangun. Kalau kita tak nak turun lagi siaplah dia keluh kesah suruh turun. Kalau tak nak mandikan dia dulu jangan la disebut mandi...belum apa-apa dah sampai ke tandas buka paip, nak mandi..

Selalu juga Balqis 'solat' dengan umi atau ayah dengan bertelekung yang diberi oleh Cek Sunya dan bersejadah kecil pemberian nenek.Semoga Balqis menjadi anak yang solehah bila besar nanti.


Semalam, mengakhiri tahun 2009, Balqis dah mula menunjukkan bakatnya menconteng dinding. Peti pun turut dicontengnya, sampaikan muka dia pun berwarna kuning dicontengnya. Ish ish anak umi ni...kelakar betul. Harapnya nanti Balqis menjadi pelajar yang rajin dan cerdik pandai suatu hari nanti.