Friday, January 01, 2010


SELAMAT TAHUN BARU...2010 (balqis membuka tirai baru...2010)

Banyak sudah perkembangan Balqis yang tidak tertulis di sini. Seronok sangat melihat gelagatnya yang serba serbi sudah pandai. Segala perkataan yang biasa digunakan di rumah dia sudah faham semuanya dan sudah dapat mengatakannya balik kena pada tempatnya. Sudah tahu dan boleh sebut anggota tubuh badan, alatan mandi, nama-nama makanan, rasa sejuk, panas, sakit, nak tak nak semua dah berbutir di bibirnya.

Seusia 1 tahun 4 bulan ini juga dia sudah kenal dan boleh panggil atuk, nenek dan semua panggilan saudara mara selain daripada perkataan umi dan ayah yang sudah lama dapat disebutnya.Walaupun kadang-kadang ada antara sebutannya pelat sedikit kita masih mampu memahaminya.Secara ringkasnya, Balqis dah pandai bercakap!

Selain daripada suka 'tolong' umi masak, jemur kain,sapu rumah, Balqis sangat suka menyanyi dengan ayah. Balqis juga dah berminat tengok tv, maksudnya boleh duduk diam depan tv...dulu dia tak kisah pun.Dia juga rajin baca buku...pandai bercerita sendiri berdasarkan gambar yang dilihatnya.Kini Balqis tidak lagi mengamuk macam kecil-kecil dulu. Sudah pandai 'bawa diri'...main seorang diri atau dengan bear-bearnya. pandai juga dia mengusik umi dan ayah. Kalau ayah lambat bangun, siaplah disumbat botol susu ke mulut ke...dijolok hidung ke dan sebagainya.

Kelakar bila pernah dia menanggalkan seluarnya cakap dengan umi..'nak cing' sedangkan dia pakai diapers.Kalau dah ' uk-uk' pun dia terus ke tandas minta dibasuh. Nak tidur malam mesti terus panjat tangga nak naik tidur kat atas. Selewat mana pun dia tidur pukul 7 atau 8 pagi mesti dah bangun. Kalau kita tak nak turun lagi siaplah dia keluh kesah suruh turun. Kalau tak nak mandikan dia dulu jangan la disebut mandi...belum apa-apa dah sampai ke tandas buka paip, nak mandi..

Selalu juga Balqis 'solat' dengan umi atau ayah dengan bertelekung yang diberi oleh Cek Sunya dan bersejadah kecil pemberian nenek.Semoga Balqis menjadi anak yang solehah bila besar nanti.


Semalam, mengakhiri tahun 2009, Balqis dah mula menunjukkan bakatnya menconteng dinding. Peti pun turut dicontengnya, sampaikan muka dia pun berwarna kuning dicontengnya. Ish ish anak umi ni...kelakar betul. Harapnya nanti Balqis menjadi pelajar yang rajin dan cerdik pandai suatu hari nanti.

6 comments:

  1. Selamat Tahun Baru 2010 buat Balqis sekeluarga...Semoga tahun 2010 ini membawa sejuta keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT....Moga Balqis menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia mahupun di akhirat....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum zaitu....
    Selamat bertugas kembali untuk Tahun 2010....Jangan garang-garang tau, nanti cepat tua....Tahun 2010 ni umur kita pun makin bertambah...Moga-moga tahun ni kerja kita bertambah baik berbanding tahun lepas yer....Be A Good teacher....

    ReplyDelete
  3. wslm.InsyaAllah farah.azam baru masih melekat ni dan sudah tertunai semalam.harapnya berterusanlah.

    ReplyDelete