Sunday, February 15, 2009

Nasi goreng pataya





Pagi ni sempat buat nasi goreng pataya ciptaan sendiri. Nasinya hentam saje asalkan bila siap nampak la rupa nasi goreng pataya.







Siap nasinya, goreng telur nipis dan lebi
h kurang besar ni.Anggaran sebiji setengah untuk satu hidangan.








Kemudian letakkan nasi yang telah digoreng tadi di atas telur seperti ini. Ratakan tepi nasi supaya senang dilipat telurnya nanti.









Lipat telur dengan kemas untuk membentuk empat segi sebegini.









Kemudian telangkupkan pinggan di atas telur yang telah dilipat di dalam kuali tadi.







Hati-hati semasa menelangkupkan semula kuali ke atas pinggan untuk memindahkan telur berisi nasi itu supaya tidak tumpah atau terburai.






Inilah rupa 2 hidangan nasi goreng pataya yang telah umi siapkan.. Sebenarnya umi belajar daripada arwah adik proses membuatnya. Cuma nasi tak ingat dia buat macam mana, jadi hentam sajalah.




Buat Allahyarham Wan Hazizul Wan Hussain....doaku sentiasa mengiringi pemergianmu. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmatNYA ke atas rohmu.Amin Ya Rabbal 'Alamin.

3 comments:

  1. ada award utk zaitu..marilah amik kat blog ore..

    ReplyDelete
  2. waahhh zaitu...
    cpt la letak gmbo nasi pataya tu..hehe

    ReplyDelete
  3. da,ore xreti la nak amek award.kuno betul.kikiki..farah..nati la ore ltk gambar nasi goreng pataya tu ngn gambar puding skali.hehe

    ReplyDelete