Ini anak angkat sepupuku. Syuhada namanya. Masa gambar ni diambil umur dia baru 16 hari. Sepupuku ambil dia daripada ibu dan bapa kandungnya setelah dia lahir kerana mereka belum bersedia nak dapat baby. Dalam hatiku terdetik, ada juga orang macam ni tapi syukurlah mereka masih mempunyai hati dan persaan...menyerahkan anak mereka kepada mereka yang memerlukan secara baik. Rasa kesian sangat kat Syuhada. Sedih je tengok muka dia...
Sebenarnya sepupuku ambil anak angkat sebab setelah 7 tahun kahwin belum dikurniakan cahaya mata. Kebetulan jiran mereka yang baru kahwin pula belum bersedia menerima kehadiran insan comel ini dalam mahligai mereka. Jadi semasa masih dalam kandungan,mereka membuat perjanjian untuk menyerahkan anak mereka kepada sepupuku setelah lahir nanti. Segala keperluan Syuhada semua dibeli oleh sepupuku.Isteri sepupuku jugalah yang menjaga si ibu kepada Syuhada ini semasa mengandung dan juga dalam tempoh berpantang.
Apapun semoga Syuhada terus membesar dengan sihat dan ceria walaupun tidak mendapat kasih sayang daripada ibu kandung sendiri.
SELAMAT HARI IBU BUAT LIN,sepupuku. (walaupun dah lama hari ibu berlalu..).
siannya baby tuh..kecik2 xdpt ksh syg makbapak kandung doh..add me dyans81.blogspot.com
ReplyDeleteok nanti ore add
ReplyDeletehuhu...sedihnya..harap dia dapat kasih sayang yang tak berbelah bagi dari sepupu zaitu tu..kesian dia
ReplyDeleteeh siannye..ado ke xbersedia lg?/smpai ati deh sggp wi ko ore..ho la kalu gtu biarla dia dpt ksh syg yg sewajarnye la..sian ko die
ReplyDeletetu la....tak sanggup rasanya.
ReplyDeleteassalamualikum...
ReplyDeleterase macam kenal jerk awk nie...dulu penah belajar kat usm pulau pinang ker sekitar tahun 1999-2000 macam tue...kalau betul bleh tak e-mail saye di jebatberani@gmail.com...
la...jebat ke.iyo la.aku ni.lamo xdgr cito.welcome to my blog.
ReplyDeletekalu senang2 laswat la jugak blog aku..jebatberani.blogspot.com..tapi banyak kisah politik la...
ReplyDeletejebat,
ReplyDeleteblh aje.tapi aku xminat politik2 ni.haha
tak minat politik takpe...ambik tahu hal dalam negara dah ler...jangan plak nanti orang kata kita tak tahu aper yang berlaku dalam negara sendiri..pak indon pun tahu perkembangan politik dalam negara kita..malu ler kite nanti..tak gitu ?
ReplyDelete