Saturday, August 22, 2009

SETAHUN YANG LALU

Cuti sekolah akan berakhir. Adik-adikku yang datang bersama ma dan abah akan pulang ke kampung esok. Aku pula terasa malas sangat nak mulakan sekolah setelah seminggu bercuti. Petang tu kami keluar untuk shopping dan bercadang makan special kat muara pada malamnya.

Sampai je ke destinasi pertama, tak sempat shopping pun sebab tiba-tiba perutku sakit hingga tak boleh berjalan. Tak jadilah plan asal,kami balik semula ke rumah. Masa tu suamiku dah kelam kabut takut terbersalin . Sesampai je di rumah dah tak sakit lagi. Malam tu aku tidur macam biasa tapi tiba-tiba tersedar pada jam 4.30 pagi dan kudapati ada darah keluar,tanda nak bersalin. Cepat2 aku kejutkan suami. Ma pun dikejutkan untuk ikut bersama ke hospital. Setelah diperiksa jalan untuk baby keluar baru terbuka 2cm.

Aku dimasukkan ke wad tapi tak dapat 1st class sebab dah penuh. Suamiku dan ma pulang dulu sebab tak boleh tunggu kat situ. Alahai bosan la pula rasa, macam lambat je lagi. Aku isi masa terluang dengan membaca yasin moga mendapat berkat dan dipermudahkan bersalin. Masa tu tak rasa sakit apa pun lagi hinggalah waktu melawat tiba pada jam 12 tengah hari. Suami,ma,abah dan adik-adikku datang. Masa tu baru mula terasa sakit sangat tapi sekejap-sekejap je, lebih kurang 10 minit sekali. Bila diperiksa baru terbuka 4cm...lambat lagi doktor kata. Biasanya anak sulung lambat sangat.10 jam lagi katanya. Emmm mendengar pengalaman ibu-ibu yang dah bersalin memang lambat. Ada yang dah 2-3 hari masuk wad tapi tak bersalin lagi.

Lebih kurang jam 5.30 petang doktor check lagi dan katanya masih 4cm. Hampir pukul 6.00 petang dah 6cm tapi kena tunggu 10cm dulu baru boleh masuk ke bilik bersalin.. Aku dipindahkan ke katil menunggu masa untuk masuk ke bilik bersalin. Di sebelahku adalah india tu meraung-raung kesakitan dikelilingi ramai nurse. Takut aku mendengar jeritannya. Aku pun mula rasa sakit yang teramat sangat apabila doktor pecahkan air ketuban. Masa tu Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya tapi mulutku tak terlepas membaca selawat syifa' agar dipermudahkan. Tangan suami kugenggam erat....menahan sakit. Ma, adik bongsuku dan anak saudara suamiku ada bersama di situ.

Nurse kata bila rasa nak meneran,panggil la...tapi setelah 2-3 kali panggil dia asyik kata masih 6cm. Aku rasa tak percaya...lambat sangat rasa. Jam 7.00 malam ma dan adik terpaksa pulang kerana waktu melawat dah tamat. Tinggallah suamiku memberi semangat dan sokongan. Doktor check lagi dan katanya dah rasa kepala baby. Air ketuban terasa makin banyak membasahi kainku. Lebih kurang jam 7.30 petang aku suruh suamiku pergi solat maghrib dulu dan solat hajat sekali supaya semua selamat dan dipermudahkan. Tak lama suamiku pergi aku rasa nak meneran dan terus melaung panggil nurse. Bila diperiksa, katanya dah terbuka 9cm. Aku terus disorong masuk ke bilik bersalin.

"Wan..!" Jerit nurse ke doktor ntah bila air ketuban memancut terpercik ke arah mereka. Doktor mengarahkan aku untuk meneran. Dengan sepenuh tenaga aku teran..."Bagus...dah keluar kepala...teran lagi", kata doktor. Sekali lagi aku mengumpul tenaga dan berjaya mengeluarkan bahu."Pandai...." bertambah semangat aku mendengar pujian itu dan dengan sekali teran lagi terdengarlah suara tangisan bayiku. Serta merta mengalir air mataku...gembira dan terharu mendengar tangisan bayi seberat 3.17kg yang selamat kulahirkan tepat jam 8.02 malam bersamaan 23 Ogos 2008(seminggu sebelum tibanya Ramadhan). Alhamdulillah Allah permudahkan. Sayang suamiku tak dapat bersama ketika itu tapi memang suami tidak dibenarkan masuk. Tak sabar rasanya nak berkongsi kegembiraan ini dengan suami.Doktor meletakkan bayi di atas dadaku...aku menangis gembira..

Selamat datang ke dunia....anakku, Nur Balqis bt Mohd Hishamuddin.

2 comments: