Monday, December 07, 2009

PERTAMA TENTANG BABY


Hujung bulan ni genap 5 bulan umi mengandungkan adik kak Balqis. Rasa teruja masih seperti mengandungkan Balqis dulu. Balqis pula begitu seronok nak dapat adik (nampak gayanya la...hehe..) . Dia selalu cium perut umi dan meletakkan telinganya kat perut. Ntah apa yang dia dengar tak tau. Nampak la ciri-ciri kakak yang baik. Sekarang ni pun asyik duk main ngan bear..dodoikan dalam buai la dan macam2 la gelagatnya. Apa yang kita buat dekat dia semua dia buat balik kat bear. Kelakar betul tengok telatahnya.

Walaupun usia Balqis baru 1 tahun 8 bulan bila baby keluar nanti....InsyaAllah Balqis dah pandai segalanya. nanti boleh main ngan adik. Takde la sunyi sangat asyik duk main ngan bear je...Ok la, setakat ni dulu.lain kali kita cerita lagi.

3 comments:

  1. Tahniah ye Zaitu,dah masuk 5 bulan dah.Fara doakan moga Zaitu sihat sentiasa & selamat melahirkan zuriat yang soleh/solehah nanti....AMIN...

    ReplyDelete
  2. Nanti kak Balqis dapat adek tak bosan lagi... jadik kakak yang baek2 ye(+_+)

    ReplyDelete