Saturday, February 28, 2009

Puding roti tak jadi

Minggu lepas umi cuba buat puding roti,tengok menu kat internet.Wah senang saja rupanya..


1) Carik-carikkan roti,siram dengan susu cair.

2) Masukkan sebiji telur dan sedikit esen vanila dan gula secukupnya. Kemudian kacau sehingga sebati.


3) Potong buah aprikot kecil-kecil dan masukkan ke dalam adunan tadi. (Boleh juga meggunakan kismis).Masukkan sedikit serbuk keju dan kacau rata.

4) Kukus hingga masak.


5) Hias mengikut kekreatifan sendiri untuk tampak menarik apabila dihidangkan.


Alkisahnya apabila umi rasa puding tu tak sedap pun.hehe..Rupanya je comel tapi tak manis langsung. Maksudnya gula tak cukup dan rasanya agak pelik mungkin disebabkan umi pandai-pandai je tambah sendiri langkah ke3. Sebenarnya tak ada pun dalam resepi langkah tu..Kononnya nak lebih sedap tapi sebaliknya yang jadi.
Bila ayah balik tanya mana pudingnya umi cakap tak sedap, tak manis langsung. Ayah cadangkan buat gula hangus. Malam tu juga umi ubahsuai balik dengan menyiram air gula hangus pula ke atasnya.
Inilah hasilnya:


Apabila dimakan sedap sikit la rasanya.

Sunday, February 15, 2009

Nasi goreng pataya





Pagi ni sempat buat nasi goreng pataya ciptaan sendiri. Nasinya hentam saje asalkan bila siap nampak la rupa nasi goreng pataya.







Siap nasinya, goreng telur nipis dan lebi
h kurang besar ni.Anggaran sebiji setengah untuk satu hidangan.








Kemudian letakkan nasi yang telah digoreng tadi di atas telur seperti ini. Ratakan tepi nasi supaya senang dilipat telurnya nanti.









Lipat telur dengan kemas untuk membentuk empat segi sebegini.









Kemudian telangkupkan pinggan di atas telur yang telah dilipat di dalam kuali tadi.







Hati-hati semasa menelangkupkan semula kuali ke atas pinggan untuk memindahkan telur berisi nasi itu supaya tidak tumpah atau terburai.






Inilah rupa 2 hidangan nasi goreng pataya yang telah umi siapkan.. Sebenarnya umi belajar daripada arwah adik proses membuatnya. Cuma nasi tak ingat dia buat macam mana, jadi hentam sajalah.




Buat Allahyarham Wan Hazizul Wan Hussain....doaku sentiasa mengiringi pemergianmu. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmatNYA ke atas rohmu.Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Sunday, February 01, 2009

menu hari ini


Semalam ayah beli susu cair yang dah sekian lama umi suruh ayah beli. Jadi tercapai la hasrat umi nak buat nasi minyak. daun pandan yang lebih buat nasi ayam special oleh adik ipar umi tempoh hari pun ada lagi..So semua bahan ada....on je la..







Dah lama teringin nak buat nasi minyak. Ni kali kedua try buat sendiri.