Monday, August 31, 2009

Sunday, August 30, 2009

kad untuk kami


Ini kad daripada qaisara dan mamanya.Tq so much!.

Saturday, August 22, 2009

SETAHUN YANG LALU

Cuti sekolah akan berakhir. Adik-adikku yang datang bersama ma dan abah akan pulang ke kampung esok. Aku pula terasa malas sangat nak mulakan sekolah setelah seminggu bercuti. Petang tu kami keluar untuk shopping dan bercadang makan special kat muara pada malamnya.

Sampai je ke destinasi pertama, tak sempat shopping pun sebab tiba-tiba perutku sakit hingga tak boleh berjalan. Tak jadilah plan asal,kami balik semula ke rumah. Masa tu suamiku dah kelam kabut takut terbersalin . Sesampai je di rumah dah tak sakit lagi. Malam tu aku tidur macam biasa tapi tiba-tiba tersedar pada jam 4.30 pagi dan kudapati ada darah keluar,tanda nak bersalin. Cepat2 aku kejutkan suami. Ma pun dikejutkan untuk ikut bersama ke hospital. Setelah diperiksa jalan untuk baby keluar baru terbuka 2cm.

Aku dimasukkan ke wad tapi tak dapat 1st class sebab dah penuh. Suamiku dan ma pulang dulu sebab tak boleh tunggu kat situ. Alahai bosan la pula rasa, macam lambat je lagi. Aku isi masa terluang dengan membaca yasin moga mendapat berkat dan dipermudahkan bersalin. Masa tu tak rasa sakit apa pun lagi hinggalah waktu melawat tiba pada jam 12 tengah hari. Suami,ma,abah dan adik-adikku datang. Masa tu baru mula terasa sakit sangat tapi sekejap-sekejap je, lebih kurang 10 minit sekali. Bila diperiksa baru terbuka 4cm...lambat lagi doktor kata. Biasanya anak sulung lambat sangat.10 jam lagi katanya. Emmm mendengar pengalaman ibu-ibu yang dah bersalin memang lambat. Ada yang dah 2-3 hari masuk wad tapi tak bersalin lagi.

Lebih kurang jam 5.30 petang doktor check lagi dan katanya masih 4cm. Hampir pukul 6.00 petang dah 6cm tapi kena tunggu 10cm dulu baru boleh masuk ke bilik bersalin.. Aku dipindahkan ke katil menunggu masa untuk masuk ke bilik bersalin. Di sebelahku adalah india tu meraung-raung kesakitan dikelilingi ramai nurse. Takut aku mendengar jeritannya. Aku pun mula rasa sakit yang teramat sangat apabila doktor pecahkan air ketuban. Masa tu Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya tapi mulutku tak terlepas membaca selawat syifa' agar dipermudahkan. Tangan suami kugenggam erat....menahan sakit. Ma, adik bongsuku dan anak saudara suamiku ada bersama di situ.

Nurse kata bila rasa nak meneran,panggil la...tapi setelah 2-3 kali panggil dia asyik kata masih 6cm. Aku rasa tak percaya...lambat sangat rasa. Jam 7.00 malam ma dan adik terpaksa pulang kerana waktu melawat dah tamat. Tinggallah suamiku memberi semangat dan sokongan. Doktor check lagi dan katanya dah rasa kepala baby. Air ketuban terasa makin banyak membasahi kainku. Lebih kurang jam 7.30 petang aku suruh suamiku pergi solat maghrib dulu dan solat hajat sekali supaya semua selamat dan dipermudahkan. Tak lama suamiku pergi aku rasa nak meneran dan terus melaung panggil nurse. Bila diperiksa, katanya dah terbuka 9cm. Aku terus disorong masuk ke bilik bersalin.

"Wan..!" Jerit nurse ke doktor ntah bila air ketuban memancut terpercik ke arah mereka. Doktor mengarahkan aku untuk meneran. Dengan sepenuh tenaga aku teran..."Bagus...dah keluar kepala...teran lagi", kata doktor. Sekali lagi aku mengumpul tenaga dan berjaya mengeluarkan bahu."Pandai...." bertambah semangat aku mendengar pujian itu dan dengan sekali teran lagi terdengarlah suara tangisan bayiku. Serta merta mengalir air mataku...gembira dan terharu mendengar tangisan bayi seberat 3.17kg yang selamat kulahirkan tepat jam 8.02 malam bersamaan 23 Ogos 2008(seminggu sebelum tibanya Ramadhan). Alhamdulillah Allah permudahkan. Sayang suamiku tak dapat bersama ketika itu tapi memang suami tidak dibenarkan masuk. Tak sabar rasanya nak berkongsi kegembiraan ini dengan suami.Doktor meletakkan bayi di atas dadaku...aku menangis gembira..

Selamat datang ke dunia....anakku, Nur Balqis bt Mohd Hishamuddin.

Thursday, August 20, 2009

Check up Balqis cukup setahun

Berat saya dah 8.8kg...
Panjang...emmm lupalah..
Tengoklah bahu saya dah kena cucuk. Tapi saya tak nangis pun kena cucuk tadi.Nurse kata, wa....bagusnya budak ni,tak nangis pun.

Tuesday, August 18, 2009

Nur Balqis

hai assalamualaikum..pe kaba...ni kita begaya ngan keta baru..ayah beli...tedi bear pun sebuk skali...ish..ish sishhhh....

eh umi ni amek gamba kite suke ati aje..tak sempat nak posing pun....ermmm posing tu ape mi..

aduuu umi ni kita tgh andi pu ia snap jgk..nasib smpat tutup ngan tedi bear...kalu tak eeeeeeeeeiiiiiiii capa tgk tak maluu..


ni la saya suka gocok gigi, tak kira masa saya gocok gigi, teringat ajer gocok...gigi saya ade empat je...



erm ini gambr saya dengan atuk masa kat kampung....kejap..umi ini atuk belah saper(bisik ngan umi) aaaaah ingat dah ni atuk belah ayah.


ni kita baru bgn tido je...ayah bwk satu benda mase pasang lg saya dah nyebok...seronok warnanya tapi kita tak tahu apa benda ni...

ha ha ciap punayah pasang...cori la adik tak cenyum...baru bangun tido...haaaaaaa inilah dia moto sikal.....umi"basikallah" opp cory basikal.....


hi hi hi hakk..biacalah tiap pagi saya akan macak ngan umi...resepi kegemaran ialah pingan mangkuk periuk masak ....em masak-masaklah.
ini umi caya..masa ni saya tgh tido kat dalam perut umi...?????macam mane caya kuar...ishhhhhhh?/?


ha ha menurut kata umi ini lah saya mase umu 4 ari...saya tak ingat apa pun masa ini....eeiiiiii isap puting....sekarang saya dah tak isap puting dah setahun pun......

Monday, August 17, 2009

HARI INI 2 TAHUN LALU...




Hari ini, 2 tahun lalu aku selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Semoga ikatan ini sentiasa di bawah keberkatan Ilahi dan kekal sepanjang hayat kami dengan kehadiran putera puteri impian menambahkan keceriaan mahligai yang terbina......Amin..



Ni hadiah daripada adik iparku...tq makdik! Banyak lagi yg special kat blognya. Suka sangat.
Ni hadiah daripada my best friend, Walida dan suaminya Najmuddin my xclassmate Form 1.Thanks.

Sunday, August 16, 2009

Thursday, August 13, 2009

Ter round KL

Malam tadi kitorang nak gi ambil barang kiriman dari kampung ngan Hezri (adik umi) yang duk kat Kota Damansara...

Masa pernah pergi dulu kitorang lalu ikut Subang kali ni Hezri kata lalu kot Kota Damansara lagi senang. Jumpa signboard Pusat Bandar Damansara kitorang pun ikut je la...ingatkan sama je ngan Kota Damansara...Namanya Damansara juga. Tut tut entahke mana-mana sampai KL. Lalu Midvalley la....perpustakaan Negara, Masjid Negara...nampak KLCC dsb.

Em macam ni tak jadi la nak pergi tempat tujuan asal. Masa perjalanan balik jumpa pulak signboard Kota Damansara. Akhirnya setelah beberapa kali telefon adik akhirnya sampai la....Tak pasal-pasal kitorang round KL dan tol ntah berapa kali kena...macam nak gi Melaka rasanya...buta jalan betul la...kakakakahhhh..

Tapi takpe la, dapatlah round Kl...Balqis syok je tido atas riba umi.

Friday, August 07, 2009

Selamat Hari Ulang Tahun



selamat ulang tahun perkahwinan buat ummi dan ayahhhhh

dan pada bulan yang sama kami jugak akan meraikan birthday puteri kami yang pertama Nurbalqis selamat hari jadiiiiii dan semoga kita semua berbahagia...