Saturday, April 14, 2012

Lahirnya Nur Zahra bt Mohd Hishamuddin

9.4.12...

6.30 pagi- ada blood show.umi rasa ni mmg tanda nak bersalin ni...tapi tak sakit lagi.


7.00 pagi-ajak ayah gi skul dulu...settlekan bbrp perkara..then minta kebenaran terus ke hospital. ayah ambik cuti.

8.00 pagi- sarapan kat kantin hospital...then gi daftar kat PAC. Dr check dah buka 3cm.

11.00 pagi-lama betul...kul 11 baru dibawa masuk wad. Tak rasa sakit apa pun.mcm biasa kena pakai alat utk rekod carta gerak anak. dr kata carta tak berapa cantik...mungkin sbb baby tidur atau ibu lapar. kena masuk air.

Bosannya duk kat wad... bukan sakit pun.Ayah takleh tunggu dalam wad.Duk kat bwh jela..kesian.

5.30ptg-Dr.check lagi.masih 3cm?alahai nape la lmbt sgt buka?ayah naik temankan umi.waktu melawat boleh la teman....   sempat la ambik gambar.


        
7.00 mlm-waktu melawat tamat.ayah turun dulu semayang magrib n solat hajat...makan dulu..umi suruh ayah blk dulu tgk kakak n abg.abg danial demam.nsb baik ada cik ma kat rumah.dah 2 minggu cik ma dtg.

Panas sgt...umi mandi dulu segarkan badan.Risaunya rasa lama kat wad mcm ni. Umi x putus2 berdoa dan baca ayat2 yg disarankan supaya mudah bersalin. Bosan sgt..nasib baik ada kawan2 nak bersembang...duk kelas biasa je so ramai la org.biasa la kat HTAR bukan senang nak dpt kelas pertama.

10.30 mlm- macam ada rasa sakit sikit2. Umi tgk jam, sakit datang 5-10 minit sekali.sakit tak kuat sgt dan hanya dalam 20 saat shj setiap kali. Duk sms je ngn ayah. Ayah nk tido dl.ayh srh umi tpn kalo sakit sgt.

12.30 mlm-dr check.4cm katanya.dia nk pecahkan air ketuban supaya cepat skit bersalin tp nurse tak bg.tebal lg katanya.alahai menunggu lagi. Kawan yg duk sebelah umi dah buka 6cm..dah pecahkan ketuban..hmm jelesnya.dia kn wat CTG ape benda tah..utk tgk gerak anak tu la...yg pakai mcm tali pinggang.itu la prosedurnya sblm bukaan jd full.

10 APRIL 2012.
1.30 pg-sakit makin kuat tp umi buat2 tenang je...huhu...xnk ganggu ayh lg tkt lmbat lg..frust sbb br 4cm.

2.30 pg-sakit yg amat...umi pgil nurse. Dia check,masih 3 cm ni...katanya. Ye ke? td br dr check 4cm takkan tertutup blk..huhu macamana ni?Sorang lagi pesakit pun check juga..terus dibawa ke labour room..jelesnya um... dia baru masuk wad kul 11.30 dah nak bersalin.cepatnya dia..umi??

3.50 pg-umi call ayah...cakap sakit sgt..ayh tenangkan umi.ngalir air mata dgr suara ayh. Ayah bgn solat hajat lagi.

Lepas ckp ngn ayah tiba2 sakit yg teramat sgt sampai menangis. Serentak dengn angin kuat serta merta dengan hujan...sejuk terasa....umi laung panggil nurse.Bila dr check dh buka 5cm. Berkatnya doa dan solat hjt seorang ayah...terus dipermudahkan jalan olehNYA. Dr terus pecahkan ketuban.

4.10 pg- Umi tepon ayah suruh dtg segera sbb dr dah pchkan ketuban.Dr suruh segera bawa ke labour room sbb dah boleh ni dr.kata. Nurse td xpuas ht bl dia check juga katanya blm. buat ketawa dek org je kalo trs bw ke labour room.Buat CTG dulu la katanya. umi rs dh tak tahan..baru je nurse pasang 'tali pinggang' tu..umi nangis tak tahan dah ni nurse!Dia check..."ooo cpt2 bw ke labour room!!!" Ha... tu la, xnk dgr ckp Dr.

Umi pejam mata rapat bila disorong laju ke labour room. terasa angin sejuk je...Mmg angin kuat di luar beserta hujan. Masuk je labour room umi ditolak ke sana sini...bed bersalin penuh!!Aduhhh tak tahan nak kuar dah ni.Sbr2..nurse suruh sbr. Last2 umi ditempatkan di sebelah langsir org lain je.Atas troli tu juga la umi berjuang!

4.26-Dengan 3x teran sepenuh hati....alhamdulillah selamatlah NUR ZAHRA dilahirkan..bayi comel seberat 3.355 kg itu diletakkan di dada umi untuk terus disusukan sementara dr mengeluarkan uri. Syukur padaMu ya ALLAH Engkau telah permudahkan urusanku...tanpa berjahit dan tanpa sakit yg lama selamat umi melahirkan Zahra.



4.50-  Umi ditolak keluar dari labour room.tempat laluan yang sempit tu menjadi tempat para ibu menunggu anak masing2 diproses (dimandikan dsb la).umi tengok kawan sebelah umi kat wad ada..kawan yang nak bersalin kul 2.30 td pun masih kat situ??hai lamanya menunggu baby?

6.30 pg - Umi terfikir ayah..mesti tertunggu-tunggu umi tak keluar2 lg.padahaldah lama bersalin.Ye la..ada lbh kurang 7 org ibu menunggu bayi masing2.lama juga..telefon takde nak contact.Umi jenguk keluar bila nurse buka pintu besar.nampak ayah! sempat la melambai.Oklah ayah dah tahu umi dah bersalin tu..boleh pergi solat subuh dulu..

7.00 pagi- umi disorong ke wad .Sempat juga merasa wad kelas 1.ada kosong sebab dah book.Ayah ikut sekali.Sampai di wad,ayah mengqamat dan azankan zahra.

SELAMAT DATANG KE DUNIA WAHAI ANAKKU SAYANG......semoga dirimu menjadi anak yg solehah dan hamba yg taat pada YANG ESA.Amin...

TERIMA KASIH SUAMIKU SAYANG..









2 comments:

  1. salam k.wea..tubik air mata oghe bc entry k.wea..memahami kesakitan yang ditanggung seorang ibu utk lahirkan anak..

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete