Wednesday, March 18, 2009

balik kampung


Kami baru balik dari kampung....Dari Jerangau ke rumah kami,Klang hanya mengambil masa 5 jam sahaja.8.30 pagi bertolak, 1.30 dah sampai rumah.Wah seronoknya perjalanan lancar saja.Tapi masa balik ke sana hari tu punyalah lama, hampir 12 jam...Hari Jumaat umi ambil cuti rehat kononnya nak balik lepas ayah balik sekolah. Tut tut ayah perlu settlekan beberapa kerja pula kat sekolah.Pergi service kereta lagi, itu dan ini akhirnya 6.20 petang baru dapat bertolak dari rumah.
Kalau umi tak ambil cuti rehat pun kul 6.30 ptg dah balik sekolah. Hmmm tapi mesti lagi lambat bertolak.

MENGANTUKNYA....

Pukul 10 malam kami dah mula mengantuk. Masa tu baru sampai kawasan Genting Sempah.Kiri kanan hutan dalam suasana yang gelap gelita. Tak berani nak berhenti tido dulu.Balqis dah tido dari awal naik keta lagi. Ayah bersekang mata ditemani umi yang sekali sekala terlelap. Kami mencari-cari tempat yang sesuai untuk tidur sebentar sebab dah tak boleh tahan.Akhirnya 11.30 malam baru jumpa tempat yang agak sesuai, jumpa Shell kat Cheneh. Sejam juga tidur kat situ.

Perjalanan disambung balik dengan harapan tak mengantuk lagi. Rupanya ayah makin mengantuk. Umi pula siap merapu lagi....sempat mengajar Math dalam tertidur tu..Maklumlah petang tadi tak gi sekolah. Tak boleh jadi ni. Kena berhenti tidur lagi. Cari punya cari tempat yang sesuai akhirnya jumpa Petronas kat Bandar Al- mukhtafi Billah Shah. 2 jam tidur kat situ.

Alhamdulillah umi dah tak ngantuk tapi ayah tetap sama. Umi cadangkan tukar driver, so ayah intai-intai la tempat yang sesuai untuk berhenti. Sampai simpang Ajil umi tukar tempat ngan ayah. Tapi sadis betul nak masuk gear tak masuk-masuk. Dalam kegelapan itu dan blur2 rupa-rupanya umi fikir terbalik.Ingatkan gear 1 sebelah driver.kakaka...maklumlah dan 2 tahun tak sentuh manual.Bawa auto je tiba-tiba jadi blank bila nak bawa manual..Dah tak payah la ayah kata.Ayah terus hilang mengantuk. Takpe la, at least umi berjaya hilangkan ngantuk ayah.ha ha. Selepas itu perjalanan kami lancar hinggalah sampai ke kampung ayah di Setiu pada jam 5.45 pagi.

BALQIS HILANG?

Lepas subuh kami sambung tidur balik kat ruang tamu. Kejap-kejap Balqis sedar nak menyusu. 7.30 dia dah nak mula main. Dalam mengantuk tu umi cuba layan dia dan halang dia dari pergi jauh. Tiba-tiba umi sedar Balqis dah takde. Bila masa ntah umi tertidur. Terus bingkas bangun cari dalam bilik takde, kat dapur takde, kat luar takde.Mana Balqis?(to be continue)

4 comments:

  1. Wow!!!!heheheh speed berap km/jam ayah Balqis....Balqis wat apa...rindu r..t letak pic dia byk2...ye.

    ReplyDelete
  2. standard la...masa jln lori tu 80 90 gitu je. bila masuk highway 100-120 je.emmm ceksu balqis ni asyik duk rendu balqis je mai la ngasuh balqis.takyah la umi anto rmh ngasuh lg.hehe

    ReplyDelete
  3. ye laa zaitu..naik kete ko kapal tube..hehe

    ReplyDelete
  4. huh...kalo cik su nk ngasuh balqis..ceksu kena isi borang transfer la....walawey...pindah klang ker....huhuhuhhu...xpela..tunggu balqis balik bulan 5 nih la plok..masa tu macam2 dah balqis expert buat...heheheh

    ReplyDelete