Saturday, March 07, 2009

Kesian Balqis

Malam tadi pegi klinik sebab badan Balqis naik bintik-bintik merah. Doktor ambil darah takut denggi. Umi tak sanggup tengok Balqis dicucuk kat tangannya. Cukuplah masa dia kuning dulu hari-hari ambil darah kat kaki. ni nak ambil kat tangan pula. Ayah pegang baalqis, umi hanya tengok dari belakang doktor sambil tak putus2 berdoa. Gerun sangat rasa. Ini bukan macam cucuk biasa yang check setiap bulan tu...

Mula-mula doktor masukkan jarum pada tangan kiri.. "kuat budak ni"doktor kata.Ye la, Balqis tak menangis langsung,matanya tak berkelip tengok umi, sekejap tengok doktor menahan sakit.Muka macam nak menangis tapi dia tahan. Tapi sayang,tunggu punya tunggu darah tak keluar....jarum tersumbat kata doktor. Aduih....umi yang terasa sakit tengok Balqis. Ayah memujuk-mujuk Balqis sementara umi tak ber
henti mintaAllah permudahkan.

Doktor cuba pula ambil darah tangan kanan.Alhamdulillah sekali cucuk je darah terus keluar tapi yang tak tahannya serentak itu juga Balqis menangis sekuatnya. Bukan sekejap nak tunggu darah keluar setitik demi setitik. Dalam hati umi berapa danyak la doktor ni nak kumpul darah Balqis ni.Sudah-sudahlah tu.....sampai kadang-kadang tak bersuara dah Balqis menangis. Sudahnya umi yang turut menangis.Tak boleh tahan sangat dah. Nasib baik ayah ada,tenangkan Balqis. Siap umi terus dukung Balqis dan susukan dia. Baru senyap...syukur dah selesai.

Umi baru je baca blog Jaws (member umi). Anaknya, Khyra pun macam Balqis juga, naik bintik merah tapi dah baik pun. Harapnya Balqis pun begitu. Macam Khyra Balqis pun baru baik dari demam juga sebenarnya. Hari Isnin lepas, balik dari sekolah ambil Balqis, pengasuh cakap badan Balqis panas,umi dan ayah terus bawa ke klinik.Doktor bagi ubat demam je.Malam tu badan Balqis panas sangat-sangat.Merengek je sepanjang malam,nak berdukung.Tak nak dengan ayah langsung, so tak dapatlah ayah nak tolong..Esoknya(Selasa) badan Balqis dah sejuk tapi umi ambil cuti sebab belum betul-betul baik.Malam tu kami ke klinik lagi risau badannya panas macam malam sebelum tu.Doktor bagi antibiotik dan ubat sumbat pula. Apapun syukur malam tu Balqis tidur dengan nyenyaknya,badannya tak panas lagi.Hari Rabu umi masih cuti rehat jaga Balqis.Hari Khamis ayah bagitau ada binti merah kat muka, umi pun perasan tapi kami rasa ruam biasa je. Bila nak mandikan Balqis semalam,nampak bintik-bintik seluruh badan itu membuatkan kami risau sangat dan terus ke klinik malam tadi.Tengah hari ni akan tahu keputusan.



Ya Allah, moga Balqis sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Amin...


1 comment:

  1. ala siannye Balqis..isyaallah xde pape kot...bintik merah sbb panas je kot tu

    ReplyDelete